Bina ‘ladang tenaga’ di jalan raya boleh jimat kos

Bina ‘ladang tenaga’ di jalan raya boleh jimat kos

JALAN raya suria merupakan alternatif yang kos efektif untuk sumber tenaga boleh diperbaharui adalah sejajar dengan prinsip kemapanan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERNAHKAH terfikir sekiranya kita dapat menghidupkan peralatan elektrik di rumah hanya menggunakan sumber alam semula jadi?

Malaysia merupakan salah sebuah negara beriklim tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun. Terletak berhampiran garisan khatulistiwa dengan julat suhu sekitar 21 hingga 35 darjah Celsius. Tambahan pula, turapan asfalt yang biasanya digunakan untuk membuat jalan raya berkemampuan menyerap haba tinggi sehingga 70 darjah Celsius terutama semasa cuaca panas.

Tidak seperti sel tenaga suria yang terdapat hari ini, haba yang terperangkap di dalam turapan asfalt mampu bertahan dan mengekalkan tenaga diserap walaupun matahari sudah terbenam.

Mengambil kira kemampuan penyerapan haba yang tinggi serta banyak digunakan di kawasan tempat letak kereta dan jalan tar, penjanaan tenaga haba daripada turapan asfalt menggunakan medium pengumpul suria mampu menjanjikan potensi yang baik.

Jalan raya suria merupakan teknologi yang sedang dibangunkan bagi menjana kuasa tenaga elektrik terhadap infrastruktur kemudahan dan pengangkutan. Ia dijangka menawarkan penyelesaian berkesan bagi mengurangkan kesan pulau haba dan pencemaran alam sekitar. Pada dasarnya mengubah turapan menjadi ‘ladang tenaga’ baharu.

Alternatif kos efektif untuk sumber tenaga boleh diperbaharui adalah sejajar dengan prinsip kemapanan yang terdiri daripada tiga teras iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Ia selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan strategi menyeluruh dan inisiatif berimpak tinggi bagi mempercepat usaha peralihan tenaga negara yang dilancarkan pada 27 Julai lalu.

Beberapa negara lain termasuk China, Perancis dan Belanda telah mencapai kemajuan luar biasa dalam membangunkan jalan raya suria. Sekitar 2017, China memasang sepanjang satu kilometer di Jinan, iaitu bandar utama daerah Shandong. Berkeluasan 5,875 meter persegi, lebuh raya suria ini mampu menghasilkan sehingga 1GWh elektrik setahun, cukup untuk membekalkan tenaga untuk 800 buah rumah.

Kerajaan China merancang untuk menggunakan elektrik bagi menyalakan lampu jalan, papan iklan, kamera litar tertutup (CCTV) serta memanaskan permukaan jalan untuk mencairkan salji. Dalam tempoh 14 minggu pertama pengoperasian, jalan raya menghasilkan 96MW tenaga.

Pihak berkepentingan seperti Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kerja Raya serta institusi-institusi penyelidikan memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan visi ini.-UTUSAN

DR. SALMIA BEDDU
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya