Bina jalan raya bertingkat ke Kuantan dapat elak sesak

Bina jalan raya bertingkat ke Kuantan dapat elak sesak

JALAN raya ke Kuantan sesak teruk terutama pada hujung minggu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA minggu lepas, saya ke Kuantan, Pahang kerana ada urusan keluarga di Pekan. Umumnya jalan hubungan ke daerah itu mudah dan selesa bagi yang datang dari arah Temerloh atau Kuala Lumpur melalui Jalan Gambang ke arah bandar raya Kuantan dan memasuki simpang ke kanan di persimpangan bertingkat di Batu 6 untuk melalui jalan raya empat lorong terus ke Pekan.

Meskipun jalan raya bermula dari Simpang Empat Gambang menghala Segamat, Kuala Lumpur dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) merupakan laluan empat lorong sepanjang 20 kilometer (km) hingga ke pusat bandar raya Kuantan yang dibina pada 1990-an, kini ada kalanya menjadi sesak di lokasi tertentu terutama pada hujung minggu.

Saya agak terkejut pada hari Sabtu minggu berkenaan, keadaan jalan raya di kawasan itu menjadi sesak sepanjang lebih tiga kilometer dan mengambil masa lebih 20 minit untuk ke simpang Panching berhampiran Kem Batu 10 Kuantan.

Saya berpendapat, sudah tiba masanya simpang tiga berkenaan dibina laluah bertingkat khusus untuk kenderaan yang bergerak ke arah pusat bandar raya Kuantan dan ke arah LPT1.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya