Beban kerja GPK sangat berat tapi elaun hanya RM60

Beban kerja GPK sangat berat tapi elaun hanya RM60

RAMAI dalam kalangan guru yang layak dinaikkan pangkat sebagai guru penolong kanan (GPK) tetapi menolaknya atas alasan elaun diterima tidak setimpal dengan bebanan kerja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH sampai masanya elaun guru penolong kanan (GPK) di sekolah rendah dinaikkan dengan kadar yang lebih munasabah. Buat masa ini, elaun GPK yang berjawatan hakiki sekolah rendah hanyalah RM60.

Justeru, dicadangkan elaun ini dinaikkan kepada RM100 sebulan ataupun lebih.

Bidang tugas dan tanggungjawab seorang GPK memanglah lebih daripada guru biasa.

Mereka adalah orang kanan guru besar di sekolah. Mereka adalah insan terpilih berdasarkan pemerhatian dibuat oleh guru besar dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Walaupun ada juga yang tersalah pilih tetapi bilangannya tidak ramai. GPK perlu memastikan perjalanan unit masing-masing dalam keadaan terbaik.

Data dan maklumat perlu disimpan dan dikemaskini sepanjang masa. GPK perlu bertenaga dan sentiasa pantas dalam segala tindakan. Jangan terlalu berkira kerana mereka bekerja waima pada hari cuti memandangkan tugas perlu diselesaikan dengan kadar segera. Bahkan mereka adalah pelapis akal menggantikan guru besar yang akan bersara.

Malangnya ramai yang tidak berminat menjadi GPK kerana kadar elaun tidak menarik selain terpaksa berpindah ke sekolah baharu yang mungkin lebih jauh dari sekolah semasa. Dengan beban tanggungjawab yang menanti, mereka lebih selesa memilih sebagai guru biasa.

Sewajarnya kesatuan guru mengambil cakna perkara ini dan membincangkan dengan Kementerian Pendidikan secara lebih serius lagi. Semoga ada sinar baharu untuk GPK sedia ada dan bakal GPK.-UTUSAN

WAK KERJA
Pahang Darul Makmur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya