Bantuan: Usah anak tirikan pelajar IPTS

Bantuan: Usah anak tirikan pelajar IPTS

TERDAPAT pelbagai sokongan diberikan kerajaan kepada mahasiswa tetapi ia tidak sampai pada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APABILA kita sebut tentang sokongan pendidikan, ia tertumpu kepada inisiatif atau bantuan yang diberikan kerajaan buat mahasiswa. Terdapat pelbagai sokongan diberikan kerajaan kepada mahasiswa seperti inisiatif FlySiswa, Kad Prihatin Siswa, dan sebagainya. Terima kasih kerajaan atas bantuan dan inisiatif yang telah diberikan.

Bantuan dan inisiatif ini amat membantu dalam meringankan beban mahasiswa untuk menjalankan kehidupan mereka.

Namun, inisiatif ini tidak sampai kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Adakah ini kerana stigma yang wujud bahawa mahasiswa di IPTS kaya?

Stigma ini amat tidak benar kerana terdapat peratusan tinggi mahasiswa dari golongan B40 di beberapa IPTS. Antaranya Universiti Teknologi Petronas yang dianggarkan memiliki 40 peratus pelajarnya dari golongan B40 manakala Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebanyak 64 peratus keluarga berpendapat rendah.

Mewakili suara mahasiswa di IPTS, saya merayu kerajaan tidak anak tirikan mahasiswa di IPTS. Mahasiswa di IPTS sudah pun terlepas pelbagai bantuan atau inisiatif kerajaan. Keterlibatan IPTS dalam program kerajaan juga amat sedikit berbanding universiti awam.

Inisiatif FlySiswa sudah diperluaskan ke politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru tetapi IPTS dipinggirkan sekali lagi.

Saya terkilan apabila penambahan itu tidak melibatkan IPTS, sama juga seperti inisiatif lain-lain. Ia seumpama kami semua adik-beradik, yang lain dapat mainan daripada ayah tapi ada seorang tidak dapat apa- apa.

Apakah perasaan si adik yang tidak mendapat apa-apa?

Saya sangat berharap agar kerajaan melihat perkara ini dengan serius dan tidak menyisihkan IPTS pada masa hadapan.

Mahasiswa IPTS amat memerlukan bantuan supaya mereka tidak mengikat perut dan terliur melihat rakan di universiti awam mendapat bantuan.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas pelbagai inisiatif dan bantuan kepada mahasiswa.-UTUSAN

ALIFF MALIQUE ABDUL MALEK
Naib Presiden II Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) Majlis Perundingan
Pelajar Kebangsaan (MPPK)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya