Awasi, periksa kewangan anggota polis hidup mewah

Awasi, periksa kewangan anggota polis hidup mewah

KETEGASAN Mohd. Shuhaily Mohd. Zain yang menzahirkan komitmen dengan serius untuk membanteras rasuah dalam pasukan polis dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara benar-benar bebas rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) menyokong penuh dan menyanjung tinggi semangat serta keberanian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain yang tampil ke hadapan menzahirkan komitmen dengan serius untuk membanteras rasuah dalam pasukan polis menerusi ucapan beliau yang tular, baru-baru ini.

Kenyataan tegas beliau mengenai isu rasuah dalam kalangan anggota polis adalah langkah proaktif amat dihargai.

Ini merupakan rahsia umum yang telah diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia. Beliau dengan jelas menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan-tindakan yang merosakkan imej dan integriti pasukan polis serta melemahkan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan.

MCW mencadangkan pemeriksaan kewangan anggota polis yang mempamerkan gaya hidup mewah dilaksanakan secara teliti dengan segera. Ini adalah langkah penting bagi memerangi rasuah dalam pasukan polis.

MCW berpendapat, kerjasama erat antara pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat penting bagi mengatasi masalah rasuah dalam negara dengan lebih berkesan.

MCW juga komited untuk bekerjasama dengan Mohd. Shuhaily, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah dan pentingnya pemupukan budaya integriti dalam organisasi institusi-institusi yang menjaga keamanan negara seperti polis.

Kenyataan tegas dan proaktif tersebut juga merupakan pemangkin untuk membawa perubahan positif dalam pasukan PDRM.

MCW berharap kenyataan ini akan menjadi titik permulaan dan galakan agar lebih banyak usaha memerangi rasuah di semua peringkat lapisan masyarakat serta pelbagai institusi di negara kita.

MCW mengajak semua pihak termasuk rakyat dan pihak berkuasa untuk berganding bahu dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan benar-benar bebas daripada rasuah.-UTUSAN

JAIS ABDUL KARIM
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya