Atasi segera kurang minat pelajar terhadap STEM - Utusan Malaysia

Atasi segera kurang minat pelajar terhadap STEM

PIHAK sekolah harus melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan penglibatan pelajar bagi menarik minat golongan itu menyukai sains.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI pelajar beranggapan sekiranya mereka memilih aliran sains, kegagalan sentiasa akan menanti pada pengakhiran proses pembelajaran. Mungkin ini menjadi penyebab saban tahun pelajar yang mengambil aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin berkurang.

Salah satu punca perkara ini berlaku ialah cara yang diaplikasikan oleh guru mungkin tidak sesuai untuk memupuk minat pelajar dalam mempelajari subjek tersebut sedangkan mereka memainkan peranan penting bagi menjadikan kelas lebih menarik memandangkan pelajar bosan dengan fakta dan teori.

Selain itu, pelajar hendaklah didedahkan kepada alam sekitar kerana terdapat banyak perkara melibatkan sains yang dapat membuatkan mereka takjub akan kuasa Tuhan.

Faktor lazim pelajar hilang minat kerana pada era sekolah rendah, mereka merasakan silibus Kementerian Pendidikan menjangkaui tahap pemikiran mereka.

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad pernah berkata, asas sains dan matematik yang tidak kuat menyebabkan ramai murid menganggap mata pelajaran berkenaan susah sekali gus mengikis minat mereka terhadap aliran sains.

Justeru, pihak sekolah boleh mengatasi isu ini dengan memperkenalkan mentor yang memberi inspirasi bagaimana mereka telah cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi kepada pelajar agar mereka lebih tertarik terhadap subjek berkenaan.

Ia juga dapat mewujudkan rasa ingin mencapai kejayaan yang cemerlang dalam diri seseorang pelajar sekali gus membuang pemikiran negatif tentang subjek-subjek STEM.

Pihak sekolah juga harus melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan penglibatan pelajar dan penyelidikan secara langsung.

Hal ini membolehkan pelajar mengetahui kecenderungan minat mereka dan membolehkan pelajar mempelajari kaedah mengatasi masalah dan cara-cara berfikir secara kritis.

Di samping itu, pelajar perlu didedahkan bagaimana sesuatu subjek berhubung dengan bidang lain, seperti kejuruteraan, perubatan, sains alam sekitar, sains komputer dan undang-undang. – UTUSAN

NIK NURAMNI FATHONAH NIK SYAHARUDDIN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya