Usah tergesa-gesa komen negatif terhadap penjawat awam

Usah tergesa-gesa komen negatif terhadap penjawat awam

Marina Ibrahim dan Mohammad Agus Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SARANAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim agar Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Profesor Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff ditukar berikutan dakwaan maklumat mengenai insentif-insentif kerajaan tidak sampai ke pengetahuan kumpulan sasaran jelas menunjukan wakil rakyat muda itu tidak memahami peranan serta fungsi jabatan berkenaan secara menyeluruh.

Sebaliknya Marina yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor memberi komen yang tidak tepat dan tidak berasas.

J-Kom mempunyai kumpulan sasaran, iaitu belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ilmuwan agama seperti pelajar sekolah tahfiz, penghulu, pemimpin masyarakat, pelajar institusi pengajian tinggi dan Orang Asli.

J-Kom tidak menembusi khalayak selain daripada yang disebutkan dan menumpukan tiga teras utama, iaitu masyarakat berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik dalam penyampaian perkhidmatan.

J-Kom melaksanakan aktiviti kepada golongan tersebut secara komunikasi bersemuka. Selain itu, jalur media sosial digunakan secara meluas bagi memasarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada kumpulan sasaran.

J-Kom juga menjalankan kajian bersama perunding universiti bagi mengenal pasti isu-isu masyarakat serta cadangan penyelesaian masalah untuk diangkat kepada pihak kerajaan.

Tuntasnya, setiap insentif yang diperkenalkan kerajaan bukanlah berdiri sendiri, ia melalui kementerian-kementerian terlibat yang mempunyai Unit Komunikasi Korporat yang bertanggungjawab mempromosi dan memberi publisiti secara menyeluruh mengikut jalur undang-undang dan saluran masing-masing kepada kumpulan sasar.

Jadi, apabila rakyat tidak mengetahui insentif-insentif kerajaan, sepatutnya kementerian berkenaan dirujuk, bukan menyalahkan J-Kom.

Justeru, sebagai wakil rakyat, tidak harus mengambil sikap tergesa-gesa memberikan komen negatif terhadap penjawat awam. Lebih-lebih lagi hubungan kesalingan antara ketua perkhidmatan dan wakil rakyat perlu berjalan dengan baik serta harmoni.

Jika tidak memahami peranan dan fungsi sesuatu jabatan, ADUN boleh datang terus ke agensi berkenaan untuk berunding dan berbincang dengan cara yang harmoni, bukannya membuat desakan dan komentar negatif.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Jabatan Komunikasi Komuniti

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya