Tujuh tahun berlalu, mana kunci rumah kami?

Tujuh tahun berlalu, mana kunci rumah kami?

PEMBELI unit Aspire Residence Cyberjaya di Cyberjaya berharap pihak pemaju menyerahkan kunci rumah yang sepatutnya diterima bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI wakil pembeli projek perumahan ‘sakit’, Aspire Residence Cyberjaya di Cyberjaya, saya kesal dengan tindakan pemaju atas kelewatan penyerahan kunci rumah sepertimana dijanjikan oleh Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Husam Musa pada April lalu.

Dalam kenyataan beliau, pihaknya yakin projek ini akan siap dan diserahkan kepada pembeli pada September tahun ini yang pada ketika itu projek telah mencapai lebih 93 peratus kemajuan pembinaan secara keseluruhan.

Projek ini bermula pada Oktober 2016 dan sepatutnya siap pada 2019, namun tergendala akibat isu aliran tunai dan kontraktor asalnya menghentikan kerja di tapak yang mengakibatkannya gagal disiapkan dalam tempoh sepatutnya.

Namun, sehingga hari ini tarikh bagi penyerahan kunci masih menjadi tanda tanya dan pemaju masih berdiam diri mengenai tarikh sebenar penyerahan hak milik kosong.

Justeru, kami mahu penyerahan hak milik kosong ini disegerakan memandangkan kini menghampiri penghujung September dan tempoh pembinaan juga telah menjangkau tahun ketujuh.

Penetapan tarikh bagi serahan milikan kosong ini perlu dimaklumkan lebih awal kerana pembeli perlu menghantar notis kepada pemilik rumah sewa yang didiami ketika ini dengan kadar lebih awal sebelum berpindah ke Aspire Residence Cyberjaya. Kami juga menggesa SPNB agar mematuhi klausa 25 dan 29 yang termaktub dalam perjanjian jual beli (SPA) mengenai pembayaran Denda Lewat Penyerahan Rumah (LAD) agar bebanan yang ditanggung pembeli selama ini dapat diringankan.

Wakil pembeli juga menggesa pemaju supaya mematuhi keseluruhan klausa-klausa yang terdapat dalam SPA serta menggesa pihak berwajib seperti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perumahan Negara serta Pejabat Ahli Parlimen Sepang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN )Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh agar mengambil tindakan serius untuk memastikan SPNB mengotakan janjijanji yang telah beberapa kali dimungkiri sejak beberapa tahun lalu.-UTUSAN

ROZIE
Cyberjaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya