Tidak selama-lamanya kita terselamat jadi penipu

Tidak selama-lamanya kita terselamat jadi penipu

DAPATKAN keterangan yang jelas dan membaca label pada produk sebelum melakukan sebarang pembelian bagi mengelak daripada ditipu peniaga. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUNGKIN sembilan daripada 10 rakyat Malaysia tidak pernah membuat aduan apabila terpedaya sementara selebihnya tidak menyedari mereka ditipu.

Bahkan ramai sebenarnya masih tidak mengetahui cara atau dengan siapa untuk membuat aduan bagi mendapatkan ganti rugi, manakala yang lain pula berasa malu kerana tidak mahu diketahui orang lain.

Sebagai pengguna, kita selalu berasa seperti ditipu tetapi agak sukar atau tidak mungkin dapat dibuktikan mengikut undang-undang kerana ia tidak salah hingga dapat dibuktikan salah.

Mengikut statistik, kebanyakan pengguna yang ditipu sama ada berkaitan bayaran ansuran atau perkhidmatan membaiki peralatan elektrik dan sebagainya terdiri daripada golongan miskin dan tidak berpelajaran.

Ingatlah, musuh paling besar bagi ‘penipu-penipu’ ini ialah mereka yang mengetahui tentang hak pengguna. Pengetahuan ini penting bagi melindungi diri, keluarga serta dapat membantu menyedarkan mereka yang bertanggungjawab dalam jenayah ini. Kita perlu ingat, syarat yang ditetapkan peniaga kebanyakannya berpihak kepada mereka.

Jadi, baca dengan teliti sebelum menurunkan tanda tangan untuk mempersetujui syarat jual beli.

Oleh kerana itu jangan beli barang yang tidak diperlukan hanya kerana ia dijual murah dan jangan mudah terpedaya dengan jualan peluang keemasan atau peluang berjimat sekali seumur hidup.

Pengguna juga disaran mengambil masa untuk membandingkan harga dan tetapkan fikiran sebelum membeli selain membaca label, kertas tanda atau jaminan. Surat jaminan perlu disimpan ditempat selamat.

Sebagai pengguna bijak, jangan sesekali terima atau bergantung kepada jaminan atau janji-janji mulut sebaliknya dapatkan secara bertulis dan simpan salinannya.

Jangan juga membayar secara tunai kepada penjual dari rumah ke rumah sebaliknya bayar menggunakan cek atas nama syarikat yang diwakilinya.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya