Tidak mustahil suatu hari nanti minoriti tadbir negara ini

Tidak mustahil suatu hari nanti minoriti tadbir negara ini

TIADA masalah untuk memilih pemerintah memandangkan Thailand mengasimilasi imigran yang datang ke negara mereka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA semua memahami konsep negara yang mengamalkan sistem demokrasi, iaitu sesiapa dipilih oleh majoriti akan menjadi pentadbir sesebuah negara.

Pun begitu, sudah pasti sesuatu kaum akan memperjuangkan kebajikan dan kemakmuran bangsanya demi masa depan anak cucu mereka.

Ramai beranggapan sudah pasti orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk asal dan majoriti akan sentiasa meneraju negara ini. Hakikatnya tidak seperti itu.

Kita lihat bagaimana negara-negara tetangga seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam mengasimilasi imigran yang datang ke negara mereka.

Di Thailand, imigran ini akan berbahasa Thai dalam kehidupan harian mereka selain mengamalkan budaya negara itu dan menukar nama ke bahasa tempatan. Hasilnya, tiada lagi bangsa lain selain bangsa Thai.

Justeru, negara-negara tersebut tiada masalah untuk memilih pemerintah negara kerana semua ahli politiknya mewakili satu bangsa. Yang membezakan mereka adalah ideologi.

Negara kita agak unik kerana imigran yang dibawa oleh kolonial Inggeris pada akhir abad ke-19 mahu menjadi rakyat Tanah Melayu tetapi tetap mengekalkan budaya dan bahasa mereka.

Ini memberi gambaran betapa kuatnya ikatan kepada negara asal mereka. Kita lihat sahaja imigran dari China masih mahu digelar bangsa Cina sementara imigran dari India mahu dikenali sebagai bangsa India.

Mereka mengamalkan budaya dan bahasa asal mereka dalam kehidupan harian, malah mempunyai sekolah menggunakan bahasa Cina dan India sebagai bahasa pengantar.

Mereka inilah yang menjadi bangsa minoriti dalam negara ini.

Kembali kepada persoalan asal, adakah bangsa Melayu yang merupakan penduduk majoriti akan sentiasa menerajui negara?

Dalam situasi politik yang berpecah dalam kalangan orang Melayu, maka tidak mustahil untuk bangsa minoriti menjadi pemerintah pada satu hari nanti.

Sudah pasti perkara ini boleh berlaku apabila beberapa kumpulan parti politik Melayu belot kepada bangsanya. Ini juga tidak mustahil sekiranya ada tawaran jawatan dan wang yang amat menarik sehingga seseorang sanggup menggadaikan maruah bangsa.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya