Terpaksa tunggu di hentian bas dalam gelap

Terpaksa tunggu di hentian bas dalam gelap

KEADAAN hentian bas SA28 berdekatan Surau Al-Ittihadiah, Persiaran Kayangan, Seksyen 10, Shah Alam yang lampunya tidak berfungsi. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK dapat dinafikan hentian bas adalah salah satu kemudahan yang digunakan oleh orang ramai pada setiap hari, sepanjang tahun bagi tujuan menunggu pengangkutan awam terutama bas.

Saya ingin menarik perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) di Shah Alam iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bahawa masih banyak hentian bas di sekitar bandar raya ini yang bergelap, yakni lampu-lampu sedia ada tidak bernyala. Justeru, hentian bas bergelap dari waktu malam hingga ke awal pagi.

Saya sendiri pernah menyaksikan penumpang terpaksa menunggu atau turun dari bas dalam persekitaran gelap sama ada pada awal pagi ataupun malam. Sudah sampai masanya MBSA memastikan lampu-lampu di setiap hentian bas berfungsi atau bernyala.

Sebagai contoh hentian bas SA28 berdekatan Surau Al-ittihadiah, Persiaran Kayangan di Seksyen 10, Shah Alam. Lampunya tidak menyala sejak lebih dua bulan lalu. Saya telah merakam gambar pada waktu malam, 21 Jun lalu dan terus menghantar ciapan kepada laman sosial X, MBSA@sacitycouncil untuk tindakan.

Namun, apabila saya membuat pemantauan pada 25 Ogos lalu, lampu-lampu di hentian bas itu masih belum bernyala pada waktu malam hingga awal pagi.

Sudah pastinya menunggu bas dalam keadaan gelap mengundang rasa tidak selesa terutama bagi wanita.

Adalah diharapkan dengan tersiarnya aduan ini, MBSA dapat menyalakan kembali lampu-lampu di hentian bas itu dan juga di hentian-hentian bas lain.-UTUSAN

HJ. KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya