Tangkap pengusaha bot di PantaiTeluk Batik

Tangkap pengusaha bot di Pantai Teluk Batik

KAWALAN keselamatan yang lemah di Pantai Teluk Batik, Perak boleh mengundang lebih banyak tragedi pada masa depan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DIFAHAMKAN keluarga mangsa bot rekreasi terbalik di Pantai Teluk Batik, Manjung, Perak pada penghujung Ogos lalu bercadang mengambil tindakan undang-undang selepas kejadian berkenaan meragut nyawa seorang ahli keluarga mereka.

Tindakan undang-undang itu bakal diambil kerana ketika kejadian tidak ada pihak berkaitan atau pengawal keselamatan di pantai itu sehingga mengorbankan mangsa, Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34.

Keluarga terbabit berpendapat wujud kelalaian pihak berkuasa yang sepatutnya memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) di pantai termasuk kepada pengusaha bot dan penjaga pantai bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Saya bersetuju dengan pandangan keluarga terbabit dan berharap tindakan lebih tegas diambil termasuk menangkap pengusaha bot rekreasi tersebut.

Kejadian itu bukan kali pertama berlaku, kerana suami saya seorang warga emas yang berasal dari Jerman tetapi mempunyai status pemastautin tetap (PR) pernah dilanggar bot di tempat sama pada Mei lalu.

Dia yang berusia 73 tahun sedang berenang di Pantai Teluk Batik apabila tiba-tiba sebuah bot membuat pusingan tajam dan melanggarnya sehingga menyebabkannya mengalami gegaran otak.

Selepas dilanggar tiada sesiapa pun yang menolongnya seolah-olah tiada anggota keselamatan yang berkawal di pantai terbabit.

Dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil terhadap pengusaha bot dan pihak-pihak lain yang mengawal keselamatan di situ.

Sebagai individu yang berstatus PR, tidak banyak yang dia boleh lakukan tetapi kepada keluarga terbabit yang berstatus warganegara mungkin boleh melakukan sesuatu bagi mengelak tragedi sama berulang pada masa depan.-UTUSAN

MRS PASTORS
Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya