Sikap ‘tidak apa’ orang Melayu membimbangkan - Utusan Malaysia

Sikap ‘tidak apa’ orang Melayu membimbangkan

ORANG Melayu harus faham kepentingan mengundi sekiranya mahu menjamin kuasa politik mereka berkekalan. – GAMBAR HIASAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESELURUHAN orang Melayu harus faham kepentingan untuk mengundi sekiranya mahu menjamin kuasa politik mereka berkekalan serta terus kuat.

Orang Melayu kena ingat bahawa mereka sudah hilang kuasa ekonomi dan sehingga kini masih gagal untuk merampasnya semula walaupun negara sudah ditadbir oleh 10 Perdana Menteri Melayu.

Ini juga membawa erti sekali hilang sesuatu kuasa, maka kita akan hilang buat selamanya. Apa yang membimbangkan kita lagi ialah sikap orang Melayu yang tidak mengambil berat kepentingan mengundi bagi mempertahan dan seterusnya memperkukuhkan kuasa politik Melayu.

Kuasa politik Melayu semakin terhakis sedikit demi sedikit kerana perpecahan dalam kalangan orang Melayu. Parti politik Melayu terlalu banyak di tanah air kita.

Walaupun orang Melayu sudah menolak Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan memberi sokongan pada Perikatan Nasional (PN) tetapi akhirnya sikap tidak mahu keluar mengundi menyebabkan PN tewas pada pilihan raya kecil (PRK) di Pulai dan Simpang Jeram, Johor.

Namun, kita tidak menafikan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu di Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hampir sama banyak.

Keputusan PRK Pulai dan Simpang Jeram tidak akan jadi begini sekiranya orang Melayu sedar kepentingan untuk keluar mengundi secara beramai-ramai.

Inilah yang merunsingkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hampir setiap hari mengingatkan orang Melayu mengenai kepentingan mengundi bagi menjaminkan kuasa politik Melayu terus kekal malahan semakin kuat.

Gelombang sokongan Melayu pada PN sudah cukup kuat tetapi sikap ‘tidak apa’ orang Melayu masih berada di tahap yang membimbangkan. – UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN, Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya