Sambutan kemerdekaan harus mesra anak muda - Utusan Malaysia

Sambutan kemerdekaan harus mesra anak muda

PROGRAM yang dirangka sepanjang Bulan Kemerdekaan seharusnya bersifat mesra anak muda. – GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ADA pendapat mengatakan sambutan Hari Kebangsaan sejak akhir-akhir ini dilihat lebih dihargai golongan berusia berbanding anak muda.

Situasi ini antara lain dikaitkan dengan kurangnya penghayatan dan pemahaman anak muda tentang sejarah pembentukan negara dan tahap pengetahuan politik yang rendah.

Justeru, sesetengah pihak mencadangkan penganjuran aktiviti bersifat patriotisme dan kempen kenegaraan melibatkan anak muda ditambah baik.

Program-program yang dirangka sepanjang Bulan Kemerdekaan seharusnya bersifat mesra anak muda.

Perlu difahami, generasi masa kini mempunyai ruang ekspresi berlainan dan pelbagai dalam menterjemahkan rasa kecintaan terhadap negara. Ini sesuai dengan era digital dan media sosial yang menguasai dunia ketika ini.

Oleh itu, cara mereka meluahkan rasa penghayatan kemerdekaan sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Oleh itu, penganjuran aktiviti bersifat patriotisme dan kempen kenegaraan harus diperluaskan ke media sosial yang ketika ini sememangnya dikuasai golongan tersebut.

Selain itu, anak muda perlu menjiwai, menghayati, menghormati dan mengambil iktibar daripada sejarah lampau agar mampu untuk terus maju ke hadapan seiring cabaran globalisasi.

Walaupun aktiviti bersifat patriotisme dan kempen kenegaraan perlu diperluaskan ke media sosial, terdapat juga dalam kalangan rakyat termasuk anak muda yang memilih acara tradisi sejak dahulu lagi, iaitu perarakan.

Terbaharu, sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lalu.

Ini membuktikan semangat patriotisme rakyat masih tidak pudar bahkan rata-rata teruja menyaksikan pelbagai acara dan pertunjukan sepanjang program tersebut berlangsung. – UTUSAN

MOHD. SALLEH OSMAN, Presint 16, Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya