Salah guna subsidi rugikan rakyat, golongan rentan

Salah guna subsidi rugikan rakyat, golongan rentan

TERDAPAT penyalahgunaan subsidi seperti penyeludupan dan aktiviti menyorok barang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUBSIDI adalah satu mekanisme kerajaan yang bertanggungjawab dan berakauntibiliti dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi menjalani hidup untuk memperoleh barangan, perkhidmatan dan sewaan demi kelangsungan hidup.

Melalui subsidi ini, harga barangan keperluan harian lebih rendah berbanding nilai pasaran sebenar sekali gus mampu membantu golongan berpendapatan rendah sederhana dan rentan yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada kerajaan.

Bagaimanapun, terdapat penyalahgunaan subsidi seperti penyeludupan dan aktiviti menyorok barang. Implikasi kegiatan ini menjejaskan subsidi kerajaan untuk membantu rakyat kurang berkemampuan.

Situasi ini merugikan kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan rakyat.

Subsidi minyak masak sahaja melebihi RM2 bilion pada 2022. Subsidi itu berdasarkan harga minyak sawit mentah (CPO) di pasaran dunia. Jika harga CPO melebihi RM4,000 satu tan metrik, maka lebih tinggilah subsidi yang perlu dibayar oleh kerajaan. Polisi ini diteruskan walaupun kerajaan bersilih ganti sejak 2018 hingga kini.

Mana-mana peniaga yang menjual melebihi harga maksimum ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan dikenakan penalti.

Harga barang dan perkhidmatan yang meningkat mewujudkan fenomena inflasi kerana bahan api merupakan input dalam proses pengeluaran. Bagaimanapun, kadar inflasi negara pada Jun lalu menurun kepada 2.4 peratus. Ini menjadikannya kadar terendah dalam enam bulan pertama 2023.

Menurut Jabatan Perangkaan, peningkatan perlahan inflasi didorong oleh kenaikan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel (5.4%), makanan dan minuman bukan alkohol (4.7%) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.3%).

Kerajaan sedang mengkaji penetapan mekanisme bagi diesel dan RON95 untuk memastikan ia dapat dilaksanakan secara efektif.

Bagi mengatasi masalah atau persoalan ini, kerajaan perpaduan pada ketika ini mengambil langkah melaksanakan subsidi bersasar dan penubuhan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Justeru, rakyat perlu memanfaatkan subsidi dengan sebaiknya kerana ia melibatkan implikasi kewangan besar setiap tahun dan perlu dilaksana secara bersasar, berhemah dan bijaksana selaras gagasan Malaysia Madani yang ampuh dan utuh dalam tatakelola pentadbiran negara.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya