Ramai mahu lihat MUDA ubahpolitik kuno, tepu

Ramai mahu lihat MUDA ubah politik kuno, tepu

KEHADIRAN dan kehilangan MUDA tidak menambah dan melemahkan Kerajaan Perpaduan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kalah teruk pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru–baru ini, tetapi bagi saya mereka masih boleh terus bergerak secara solo dalam arena politik negara.

Tidak mudah untuk sebuah parti politik yang baharu ditubuhkan beberapa tahun untuk terus mengecapi kemenangan dalam sesebuah proses pilihan raya. Ruang dan peluang secukupnya perlu diberikan kepada MUDA untuk terus bergerak dan mendapat tempat dalam arena politik negara.

Baru–baru ini, veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang meminta MUDA menimbangkan untuk menyertai DAP susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN. Pun begitu, MUDA diharap kekal bergerak solo kerana akan memudahkan urusan mereka untuk membawa pembaharuan kepada negara serta memenuhi harapan banyak pihak untuk melihat kemunculan sebuah kuasa baharu atau kuasa ketiga.

Muda yang diasaskan oleh Syed Saddiq Abdul Rahman diharap dapat memberi alternatif berlainan kepada rakyat khususnya para pengundi untuk mengubah landskap politik negara yang sudah tepu dengan politik lama.

MUDA tidak harus patah semangat walaupun tewas di semua kerusi ditandinginya, sebaliknya perlu bangkit kerana rakyat terutama golongan muda mahu melihat Malaysia berada di landasan politik yang segar dan tidak kuno.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya