Platform Durioo+ berpotensi ‘kalahkan’ YouTube?

Platform Durioo+ berpotensi ‘kalahkan’ YouTube?

DURIOO+ ialah platform hiburan selamat yang diperkenalkan oleh pengasas rancangan kanak-kanak popular Didi & Friends, Sinan Che Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

YOUTUBE menjadi salah satu platform utama digunakan kanak-kanak pada zaman digital sekarang ini. Sebagai platform percuma antarabangsa dan terbuka kepada semua, kita tidak boleh kawal sepenuhnya video yang mereka tonton.

Ini menyebabkan kanak-kanak banyak terdedah kepada video yang bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam pada itu, realitinya, aplikasi YouTube Kids dianggap sebagai pengganti YouTube kerana platform tersebut lebih mesra kanak-kanak.

Ibu bapa gemar memuat turun aplikasi tersebut melalui peranti digital kerana memudahkan pencarian video animasi kartun yang mampu menarik perhatian anak-anak. Namun, adakah pendekatan ini merupakan pilihan terbaik atau sebaliknya?

Ada ibu bapa mendakwa, video dalam YouTube yang menampilkan pelakon kanak-kanak antarabangsa menyebabkan anak mereka gemar menjelingkan mata dan kerap mengatakan ‘tidak’ jika disuruh melakukan sesuatu.

Anak perempuan berubah daripada seorang yang naif dan pintar menjadi pemarah dan cerewet. Sikap ditunjukkan adalah kesan sampingan terhadap kanak-kanak yang gemar meniru aksi-aksi dalam YouTube.

Selain itu, terdapat banyak video tidak senonoh seperti berunsur seks, memaparkan gaya hidup suka mabuk atau agresif dan bermacam lagi yang cuba menyamar sebagai konten kanak kanak walhal tidak bermanfaat.

Baru-baru ini, salah satu platform antarabangsa terkenal mengumumkan 50 peratus kandungan mereka akan menyokong agenda lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ)
Bukan mereka sahaja, malah pelbagai lagi platform dan rancangan lain turut sama semakin berani menyerlahkan agenda LGBTQ ke dalam konten dibuat untuk kanak-kanak. Usaha menormalisasikan LGBTQ secara besar-besaran di peringkat antarabangsa ini perlu dibendung kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Platform percuma pula seperti YouTube yang diminati kanak-kanak dipenuhi dengan iklan mengarut boleh memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Disebabkan konsep platform terbuka, kita sebagai ibu bapa tidak boleh mengawal iklan apa yang akan ditonton oleh anak-anak kita. Walaupun ada tetapan kawalan ibu bapa, YouTube sendiri dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat.

Jadi, apa yang sesuai diiklankan di pasaran mereka kebanyakannya tidak sesuai untuk kanak-kanak Islam kerana semuanya ditentukan oleh algoritma platform percuma yang kebanyakannya ditentukan oleh sejarah pencarian pengguna.

Di luar sana, susah untuk mendapatkan konten yang mempunyai nilai Islamik untuk kanak-kanak terutama berusia dua hingga 12 tahun. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana sudah ada satu platform hiburan yang selamat, iaitu Durioo+.

Ia diperkenalkan oleh pengasas rancangan kanak-kanak popular, Didi & Friends dan Omar & Hana, Sinan Che Ismail. Kandungan dalam Durioo+ mempunyai nilai Islamik dan telah ditapis oleh ibu bapa Muslim. Paling penting, ia menyediakan kandungan bebas iklan.

Pembangunan platform berunsur Islamik dan mesra kanak-kanak ini mendapat pujian dan sokongan daripada kebanyakan pakar motivasi, doktor dan pakar keibubapaan di negara ini.

Selain itu, Durioo+ menyediakan satu platform untuk orang Islam berkarya dan menyediakan serta mempelbagaikan lebih banyak kandungan nilai Islamik untuk ditonton oleh kanak-kanak dengan harapan dapat memberikan impak positif kepada mereka.-UTUSAN

ILINADIA JAMIL
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka,
Kampus Alor Gajah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya