Peranan universiti teknikal sangat kritikal sekarang - Utusan Malaysia

Peranan universiti teknikal sangat kritikal sekarang

ROBOTIK termaju adalah antara bidang strategik yang perlu diberi tumpuan oleh universiti teknikal di Malaysia. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RANGKAIAN Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) adalah gabungan empat universiti iaitu Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Ia ditubuhkan dengan berorientasi pembangunan bakat yang fokus kepada industri dan komuniti dalam memacu ekonomi baharu.

Peranan itu sangat penting setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengilhamkan Malaysia Madani sebagai asas dasar pentadbiran negara berteraskan enam rukun dan salah satunya menyentuh perihal daya cipta.

Oleh itu, universiti teknikal di Malaysia perlu mengambil langkah meningkatkan kebolehpasaran hasil penyelidikan. Ini termasuk menggalakkan pemindahan teknologi dan komersialisasi hasil penyelidikan melalui inisiatif seperti perjanjian pelesenan dan jualan terus.

Selain itu, penekanan perlu diberikan kepada bidang strategik seperti tenaga boleh diperbaharui mampan, teknologi pengkomputeran awan, internet kebendaan (IoT), bioekonomi, bahan dan pembuatan termaju serta percetakan tiga dimensi (3D).

Ia termasuk robotik termaju, eksplorasi minyak dan gas termaju, kenderaan tanpa pemandu dan yang terkini kecerdasan buatan (AI).

Semua bidang tersebut perlu dijadikan tumpuan penyelidikan di universiti teknikal untuk menyokong agenda pembangunan negara dan bagi menyahut cabaran di peringkat global yang amat mencabar dan kompetitif.

Ini bertepatan dengan saranan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang menyatakan bahawa pelaburan dalam sains, teknologi dan inovasi adalah penting untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial di masa hadapan. – UTUSAN

PROFESOR DR. MOHD. AMRI LAJIS dan PROFESOR DR. RABIAH AHMAD, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya