Patriotisme tidak perlu tunggu Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Patriotisme tidak perlu tunggu Hari Kebangsaan

ANAK-ANAK perlu diterapkan dengan semangat patriotisme kerana mereka merupakan generasi pelapis negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MANIFESTASI cintakan negara dipamerkan melalui keterlibatan dan sumbangan warganegara dalam agenda pembangunan Malaysia.

Nilai-nilai patriotisme dan perpaduan sangat penting dalam memastikan kesegaran pembinaan bangsa Malaysia. Warganegara mempunyai peranan dalam pengisian kemerdekaan. Kepelbagaian kaum, budaya dan agama seharusnya menjadi kekuatan walaupun adakalanya wujud perbezaan, persaingan dan konflik.

Justeru, kecintaan terhadap negara wajar dimanifestasikan dalam pelbagai artikulasi lestari dan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan Rukun Negara secara komprehensif bagi mengupayakan lagi tahap penghayatan.

Selain itu, langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan subjek Sejarah berupaya melahirkan warganegara yang cakna memikirkan hal ehwal negara.

Sejarah berupaya membimbing kita untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab, berkelakuan baik, taat setia dan bangga dengan budaya serta warisan negaranya.

Anak-anak adalah aset penting dan bakal memimpin negara. Penerapan nilai murni, integriti dan budaya antirasuah perlu dititikberatkan dalam sistem pendidikan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Warga pendidik di semua peringkat perlu menggalas amanah untuk memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan bagi mendidik generasi pelapis negara. Program berimpak tinggi yang berfokuskan kemenjadian pelajar perlu diberikan perhatian serius di semua peringkat akar umbi.

Pemerkasaan bakat dan keterampilan pelajar secara holistik perlu bermula sejak awal serta berupaya memberikan impak positif dan jangka panjang kepada pembinaan karakter pelajar.

Di pihak institusi pengajian tinggi, program kolaborasi dapat menyalurkan input bermanfaat kepada perkongsian idea. Institusi kekeluargaan dan pendidikan adalah platform awal terbaik bagi menyemai patriotisme.

Keharmonian hidup bersama dalam sebuah negara dan membina budaya esprit de corp perlu digembleng dalam kalangan anak-anak. Kelangsungan survival bangsa Malaysia bergantung kepada keupayaan dan kesanggupan rakyat untuk berkongsi nilai, identiti serta hala tuju dalam menjayakan aspirasi negara.

Membina pasak ketaatan dan patriotisme perlu dimulai secara serius dan bukannya menjelang sambutan Bulan Kebangsaan semata-mata. Kekuatan bangsa Malaysia ialah apabila berupaya hidup harmoni tanpa berprasangka. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHAMED ALI HANIFFA, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya