SAUDARA PENGARANG,
EKONOMI madani pendidikan tinggi adalah konsep yang mengacu pemerkasaan sistem pendidikan tinggi didasarkan pada prinsip-prinsip ekonomi Islam atau nilai-nilai kemanusiaan universal.
Ekonomi madani sendiri adalah istilah merujuk pada prinsip-prinsip ekonomi dalam Islam yang menekankan pada keadilan dan kesetaraan, transparensi dan akauntibiliti, tanggungjawab sosial dan pemberdayaan masyarakat.
Dalam konteks pendidikan tinggi, ia mengusulkan pendekatan berbeza daripada ekonomi konvensional dengan tumpuan kepada keadilan dan kesaksamaan, ketelusan dan pertanggungjawaban, pemberdayaan masyarakat, tanggungjawab sosial serta lestari dan berkelanjutan.
Semua ini melibatkan penekanan terhadap kesejahteraan, perkembangan dan potensi mahasiswa sebagai individu yang bernilai dalam pendidikan tinggi.
Ini melibatkan pengiktirafan terhadap hak, keperluan, aspirasi serta menggalakkan kesejahteraan psikologi, perkembangan kognitif, pembangunan kemahiran dan penyertaan aktif.
Pemanusiaan mahasiswa juga menitikberatkan keadilan, kesaksamaan dan sokongan diperlukan untuk membantu mereka mencapai potensi maksimum.
Dengan pendekatan ini, institusi pendidikan tinggi (IPT) mencipta persekitaran inklusif dan penyokong yang mendorong pertumbuhan berterusan.
Pendekatan ini juga menekankan pengantarabangsaan yang dapat menarik mahasiswa asing dan memperkukuh reputasi global universiti.-UTUSAN
PROFESOR DR. MOHD. MUSTAFA AL BAKRI ABDULLAH
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)