Masih ada prasangka setelah 66 tahun merdeka - Utusan Malaysia

Masih ada prasangka setelah 66 tahun merdeka

DAKWAAN Kementerian Pendidikan tidak menghormati hak dan kebebasan murid beragama lain selain Islam adalah tidak benar. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEILMUAN Nasional Negeri Pulau Pinang (KNNPP) memandang serius kenyataan akhbar oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) bertarikh 23 Ogos lalu.

Ia mendakwa tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi berkemungkinan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan tersebut seolah-olah menggambarkan KPM tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan hak serta kebebasan penganut agama lain apabila modul tersebut akan diedarkan di sekolah-sekolah arus perdana atau sekolah kebangsaan.

Selain itu, dakwaan kononnya modul berkenaan akan turut diajar kepada murid bukan Islam adalah bertentangan dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang jelas menyebut sasaran utama dan tumpuan KPM adalah pelajar Islam.

Oleh itu, penganut agama lain tidak seharusnya gusar atau menentang usaha itu yang mahu melahirkan pelajar bukan hanya berjaya dalam pelajaran tetapi juga mempunyai akhlak baik.

Ia sejajar hasrat KPM mahu menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam yang berupaya mengangkat karamah insaniah (martabat insan) dalam usaha untuk melahirkan anak yang baik.

KNNPP sangat kesal dengan kenyataan yang bersifat berprasangka buruk dan mengelirukan sehingga menakutkan dan mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan ibu bapa murid bukan Islam yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Sebagai sebuah organisasi merangkumi pelbagai agama, MCCBCHST sepatutnya bersikap terbuka dan menghormati pendekatan kerajaan khususnya KPM dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum tetapi juga mempunyai sahsiah terpuji.

Justeru, KNNPP berharap modul terbabit tidak dihentikan hanya kerana desakan pihak-pihak tertentu. – UTUSAN

AZDY MOHD. ARSHAD, Pengerusi Keilmuan Nasional Negeri Pulau Pinang (KNNPP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya