Latih lulusan sekolah agama jadi atlet negara - Utusan Malaysia

Latih lulusan sekolah agama jadi atlet negara

DIHARAPKAN lebih ramai lulusan sekolah agama menjadi atlet bagi mewakili negara dalam acara sukan seperti memanah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGURUSAN sekolah aliran agama persendirian atau di bawah mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran mengimbangi silibus pendidikan akademik dan kokurikulum.

Ini bagi memberi nilai tambah kepada pelajar aliran itu apabila memasuki pasaran pekerjaan.

Pada pendapat saya, pembabitan pelajar sekolah agama dalam bidang kokurikulum termasuk acara sukan bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka sendiri, malah kepada negara jika terpilih sebagai atlet untuk mewakili Malaysia.

Langkah itu akan membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar aliran agama ini menceburi bidang yang mereka mempunyai bakat sedia ada.

Bagaimanapun, saya mengakui wujud kekangan dihadapi pihak pengurusan sekolah agama dari aspek kawasan yang terhad.

Ada sekolah yang tiada padang dan dewan permainan. Terdapat juga sekolah yang kekurangan alat permainan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti sukan, sekali gus menyebabkan kokurikulum tidak menjadi subjek tumpuan.

Dalam pada itu, di peringkat kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), wajar dianjurkan pertandingan sukan antara sekolah agama termasuk di peringkat kebangsaan.

Kami, Majlis Ihtifal Sekolah Agama Sepenuh Masa (MIKSAS) Zon Taiping yang mewakili badan sekolah agama di daerah ini berazam memberi tumpuan bagi memastikan pelajar aliran agama dapat menyerlahkan bakat mereka dalam acara sukan dan akademik. – UTUSAN

AMIR AKHMAL BAHARIN, Pengerusi Majlis Ihtifal Sekolah Agama Sepenuh Masa (MIKSAS) Zon Taiping

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya