Jangan seronok sangat beli dalam talian sampai lupa kemampuan sendiri - Utusan Malaysia

Jangan seronok sangat beli dalam talian sampai lupa kemampuan sendiri

RAKYAT perlu lebih berhemah dalam melakukan pembelian dalam menangani krisis kos hidup yang tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DEWASA ini, isu kos sara hidup sering diperkatakan pelbagai pihak. Semenjak penularan pandemik Covid-19 bermula awal 2020, kos sara hidup semakin meningkat.

Apabila meningkat, kebiasaannya bukan mudah untuk turun semula. Justeru, ini menunjukkan keperluan kepada kawalan terhadap kos sara hidup.

Kos sara hidup adalah antara elemen dalam penentuan gaji pekerja. Sekiranya kos sara hidup semakin meningkat, namun tahap gaji tetap tidak meningkat, ini akan menyebabkan rakyat menghadapi kekangan dari segi perbelanjaan dan penyimpanan pendapatan bagi masa depan.

Ini menunjukkan kita memerlukan kepada amalan berbelanja yang baik. Islam menggariskan beberapa panduan untuk kita melakukan perbelanjaan dalam kehidupan kita iaitu:

 Bersyukur
Sebagai seorang Muslim, kita patut bersyukur kerana diberikan pekerjaan. Bahkan sebahagian daripada kita turut mempunyai kelebihan kemampuan memiliki kad kredit bagi melakukan perbelanjaan.

Rezeki yang diberikan ini adalah dengan izin Allah SWT dan hanya Dia sahaja mempunyai kuasa untuk meluaskan ataupun menyempitkan rezeki seseorang. Maka, kita digalakkan bersyukur atas setiap satu pemberian-Nya.

 Jangan menyombong
Sebagai seorang yang beriman dan bertakwa, kita dilarang berlagak sombong kerana memiliki kesenangan.

 Jangan boros
Jangan mudah terpesona dengan promosi jualan dalam talian hingga menyebabkan kita melakukan perbelanjaan yang tidak mustahak.

 Jangan membazir
Dalam kebanyakan pembelian dalam talian, sering tidak menepati cita rasa pembeli sekali gus hanya menyebabkan pembaziran.

Kesimpulannya, dalam menangani krisis kos hidup yang tinggi, marilah kita lebih berhemah dalam melakukan pembelian. Berfikirlah sehabisnya sebelum melakukan apa-apa pembelian.

Janganlah terlalu seronok memilih barangan sehingga lupa dengan keperluan dan kemampuan kewangan sebenar. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. ILHAAMIE ABDUL GHANI AZMI, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya