Jakim perlu jalani proses pemutihan?

Jakim perlu jalani proses pemutihan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bersependapat dengan pandangan bertajuk Jakim gagal tangkis doktrin Pas semasa kempen PRN? yang diterbitkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 22 Ogos lalu.

Pandangan itu antara lain meminta agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat memainkan peranan lebih proaktif menangani budaya takfiri yang dicetuskan parti pembangkang. Bukanlah bermaksud Jakim harus mencampuri urusan politik tetapi ia berkaitan soal kepercayaan terhadap doktrin agama yang serius.

Lebih parah lagi, wujud dakwaan penjawat gred kanan Jakim terlibat bersubahat mendukung doktrin yang dibawa oleh parti pembangkang. Walaupun tindakan disiplin sudah diambil ke atas penjawat awam berkenaan, namun itu bukan bermakna Jakim sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali.

Difahamkan juga Jakim telah menempatkan seorang pegawai kader di setiap kementerian atau jabatan. Kita pun tidak tahu apakah fungsi dan tanggungjawab mereka di sana.

Justeru, perkara ini diharap mendapat perhatian daripada kerajaan perpaduan. Jika tiada opsyen lain bagi mengatasinya, makan bertindak tegas atau proses pemutihan secara berperingkat perlu dilakukan kepada penjawat awam kanan terutama di Jakim dan agensi di bawahnya sebelum diteruskan untuk proses pemutihan di setiap kementerian.

Sekiranya terdapat calon profesional yang lebih berpengalaman dalam aspek perundangan dan hal ehwal Jakim, boleh juga diberikan asas pertimbangan wajar untuk dilantik sebagai menteri agama baharu.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya