Hentikan fenomena kereta ‘melompat’ pada waktu malam

Hentikan fenomena kereta ‘melompat’ pada waktu malam

KEADAAN Jalan Tebing 8/8 di Seksyen 8, Shah Alam yang mana cat garisan jalan sudah pudar.-IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SALAH satu tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah mengurus dan menjaga agar aset-aset di bawah pentadbiran mereka supaya berada di dalam keadaan baik termasuklah jalan.

Di bandar raya Shah Alam, pihak PBT adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Berdasarkan kepada pengamatan penulis selama lebih dari lima tahun, banyak juga cat yang menandakan garisan jalan sudah pun pudar.

Salah satu jalan di mana cat garisan jalan yang sudah lama pudar ialah Jalan Tebing 8/8, yang terletak di Seksyen 8.

Panjangnya jalan ini adalah lebih kurang 0.7 kilometer. Di jalan ini juga ada terdapat lima bonggol jalan yang mana warna kuning sudah pun pudar.

Pada waktu malam, ada kereta yang ‘melompat’ setelah melalui bonggol jalan ini, kerana para pemandu tidak nampak adanya bonggol ini.

Adalah diharapkan dengan tersiarnya aduan di dalam ruangan ini, pihak MBSA akan mengecat semula garisan jalan dan juga bonggol jalan, dengan cat yang baharu dan dengan kadar segera.-UTUSAN

HJ. KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya