Buat homework sebelum masuksidang Parlimen

Buat homework sebelum masuk sidang Parlimen

KITA mengharapkan wakil-wakil rakyat berperanan sebagai perwakilan dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi. – GAMBAR HIASAN/JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AMATLAH penting bagi wakil rakyat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan serius ketika menghadiri persidangan di Parlimen.

Mereka sepatutnya menyediakan homework atau persediaan yang mencukupi sebelum menyertai perbincangan dan perbahasan di Parlimen. Ini termasuk memahami isu-isu akan dibincangkan, mencari fakta dan maklumat yang relevan serta membentuk pandangan berdasarkan kepentingan rakyat dan negara.

Sayangnya, terdapat situasi beberapa wakil rakyat mungkin mengabaikan tanggungjawab dengan hadir ke Parlimen tanpa maklumat mencukupi. Ini adalah satu sikap yang tidak profesional dan boleh merosakkan proses demokrasi serta melemahkan nilai perbahasan di dalam Dewan. Jika wakil rakyat tidak memahami isu-isu yang dibincangkan, mereka mungkin tidak dapat memberikan sumbangan bermakna dalam perbincangan tersebut.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang gemar mencari populariti dengan menggunakan maki hamun atau kata-kata kasar. Ia adalah pendekatan tidak bermaruah dan tidak setaraf dengan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat. Tindakan ini tidak hanya merendahkan martabat Parlimen sebagai institusi tetapi juga imej dan reputasi individu yang melakukan tindakan tersebut.

Lebih penting lagi, ia tidak membantu mencari penyelesaian atau pembaharuan dalam isu-isu sedang dibincangkan.

Sebagai rakyat, kita mengharapkan wakilwakil rakyat berperanan sebagai perwakilan dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi. Mereka seharusnya menjalankan tugas dengan memberikan sumbangan positif dan konstruktif dalam membawa perubahan yang baik untuk rakyat dan negara.

Jika mereka mengutamakan populariti dengan cara tidak bertanggungjawab, ini hanya akan merugikan kita semua sebagai masyarakat yang ingin melihat perkembangan lebih baik dalam sistem demokrasi dan pemerintahan negara.-UTUSAN

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
Parit Sulong, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya