Betulkah penjawat awam wajib sarapan 8.30 pagi? - Utusan Malaysia

Betulkah penjawat awam wajib sarapan 8.30 pagi?

BERSARAPAN pada pukul 8.30 pagi dalam kalangan penjawat awam perlu dibendung bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam dapat dilaksanakan dengan baik serta berkesan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KALAU nak marah, marahlah. Tulisan ini sebagai teguran untuk kebaikan bersama dan diri sendiri yang daif. Diharap dengan teguran ini, setiap daripada kita dapat berubah.

Lagipun kita hampir ke penghujung tahun, takkan kita selamanya hendak bersikap seperti musang berbulu ayam?

Antaranya ada dalam kalangan penjawat awam mengetip kad perakam atau imbasan cap jari pada waktu awal pagi.

Tetapi menjadi masalahnya ialah mereka bukan membuat kerja di pejabat, sebaliknya melepak di kedai mamak sehingga orang awam yang ingin berurusan dengan mereka merungut, “Beginikah penjawat awam? Hendak jumpa pun susah?”

Bersarapan pada pukul 8.30 pagi bukan budaya penjawat awam. Budaya ini perlu dibuang segera. Cogan kata bagi penjawat awam adalah berkhidmat untuk rakyat.

Tetapi bila orang ramai hendak berjumpa pada waktu pagi, tidak pula nampak batang hidung sedangkan gaji mereka dibayar oleh rakyat.

Kedua, dari dahulu lagi budaya mengetip kad perakam waktu kepunyaan orang lain sukar dibendung. Ia seolah-olah sudah ada kerjasama dalam kalangan pekerja.

Mujurlah sekarang banyak pejabat telah beralih menggunakan sistem canggih, imbasan cap jari semasa masuk kerja.

Namun jangan tidak tahu, masih ada lagi pejabat yang menggunakan kad perakam waktu. Ini tidak adil bagi kakitangan kerajaan lain yang datang awal ke pejabat seperti mereka yang memilih untuk solat subuh di pejabat kerana kediaman jauh.

Sebenarnya banyak lagi yang harus diperbetulkan. Namun untuk ketika ini, sikap tidak telus pegawai kerajaan harus diperbaiki. Ini kerana sikap mereka ini sudah lama wujud, sejak zaman Pak Kaduk serta Labu dan Labi lagi.

Perubahan sikap ke arah positif membolehkan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam dapat dilakukan dengan berkesan selain memberi keadilan kepada kakitangan kerajaan lain yang datang awal dan terpaksa mengambil alih tugas mereka. – UTUSAN

MOHD. EFENDI MAT DAUD
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya