UMNO sepatutnya semakin matang berpolitik

UMNO sepatutnya semakin matang berpolitik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas laporan berita bertajuk Tiada sebab ahli UMNO mahu keluar parti beramai-ramai terbitan Utusan Malaysia pada 3 Ogos lalu.

Artikel itu antara lain menyebut penafian Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung dakwaan Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa tentang keadaan UMNO semakin tenat dan hilang wibawa apabila bakal menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli untuk meninggalkan parti berkenaan dalam masa terdekat.

Sebagaimana diketahui umum, UMNO merupakan sebuah parti Melayu terbesar sejak merdeka sehingga ke hari ini. Bahkan terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada negara.

Pun begitu, terdapat persoalan mengenai hala tuju parti itu ketika ini. Sepatutnya perjalanan parti yang sudah bertapak terlalu lama itu semakin matang serta utuh dan padu dalam menuju kebaikan dan kecemerlangan, Namun, agak malang sekali apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

UMNO diterajui oleh orang Melayu Islam dan sebagai pemimpin sewajarnya memberi contoh teladan terbaik terhadap golongan bawahan supaya tidak timbulnya rasa kecewa dan sebagainya.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jadi, tidak hairanlah mengapa ahli atau penyokong parti itu bertindak keluar parti apabila pimpinan tertinggi terlibat dengan salah laku.

Sehubungan itu, tidak perlulah ahli politik mengeluarkan kata-kata putar belit atau tidak benar semata-mata mahu menegakkan kebenaran. Tidak mudah bagi seseorang memberi kemaafan atas kekalahan teruk UMNO dalam pilihan raya umum lalu dan kini pula berada dalam kerajaan.

Ingatlah, bangsa dan agama perlu dipelihara maruah serta martabatnya.-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya