Temerloh perlukan jambatan ketiga

Temerloh perlukan jambatan ketiga

PEMBINAAN jambatan ketiga di Temerloh dapat memendekkan dan mendekatkan jarak perjalanan untuk ke plaza tol di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TEMERLOH yang terletak di Pahang merupakan daerah kelima paling kecil dari segi keluasan, iaitu 225,000 hektar. Walaupun begitu, bandar itu mempunyai kepadatan penduduk kedua tertinggi selepas Kuantan dengan anggaran 170,000 orang.

Di Temerloh juga terdapat tiga pekan kecil iaitu Lanchang, Kerdau dan Kuala Krau.

Sementara itu, terdapat ratusan kampung tradisional dan sebahagiannya terletak di seberang Sungai Pahang arah timur termasuk kawasan pelancongan rekreasi Gunung Senyum.

Pada masa ini terdapat dua jambatan yang menghubungkan penduduk di seberang Sungai Pahang untuk ke bandar Temerloh atau Mentakab, juga untuk ke Plaza Tol Temerloh berhampiran Kampung Paya Keladan. Dua jambatan itu ialah Jambatan Abu Bakar di bandar Temerloh dan Jambatan Kuala Krau berhampiran Pekan Kuala Krau.

Jarak antara kedua-dua jambatan ini ialah 35 kilometer (km).

Pada masa ini penduduk di seberang Sungai Pahang terpaksa melalui Jambatan Abu Bakar atau Jambatan Kuala Krau sahaja untuk ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) jika melalui Plaza Tol Temerloh. Purata jarak untuk ke plaza tol itu antara dua km hingga 40 km dengan mengambil masa antara 30 minit hingga sejam walaupun rumah mereka hanya 500 meter (m) dari jajaran lebuh raya. Ini disebabkan Jambatan Sultan Ahmad Shah di LPT1 yang merentas Sungai Pahang berhampiran Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Sanggang Seberang tidak mempunyai akses untuk ke LPT melainkan melalui Plaza Tol Temerloh.

Justeru, dicadangkan supaya membina jambatan ketiga merentasi Sungai Pahang di tengah-tengah jarak antara dua jambatan sedia ada. Lokasi yang sesuai adalah di Kampung Kuala Sanggang dan di Kampung Sanggang Seberang di seberang Sungai Pahang.

Jambatan ketiga ini nanti boleh memendekkan dan mendekatkan jarak perjalanan untuk ke Plaza Tol Temerloh bagi sebahagian besar penduduk di seberang Sungai Pahang.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya