Tangani segera soal ketidakstabilan politik negara - Utusan Malaysia

Tangani segera soal ketidakstabilan politik negara

DIHARAPKAN pihak kerajaan mengambil langkah-langkah wajar bagi mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEADAAN nilai ringgit yang semakin lemah berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu 4.64 pada 17 Ogos lalu memang diakui memberi impak kepada syarikat yang terlibat dalam industri perniagaan perkhidmatan wang (PPW). Tetapi yang menjadi mangsa sebenar ialah pelanggan dan mereka yang perlu melakukan perjalanan ke luar negara.

PPW melakukan aktiviti pengurupan dan penghantaran yang perlu membeli stok mata wang dolar AS untuk operasi harian kami. Apabila nilai dolar AS menaik dari sehari ke sehari ia menimbulkan kegusaran kerana kos berniaga PPW semakin meningkat.

Nilai ringgit berbanding satu dolar AS pada awal tahun adalah 4.40 dan hari ini telah meningkat kepada 4.64. Menurut laporan, ia diramalkan akan mencecah 4.8 sehingga lima pada hujung 2023. Ini amat membimbangkan.

Diharapkan pihak kerajaan mengambil langkah-langkah wajar bagi mengukuhkan nilai ringgit. Selain keadaan ekonomi global, ketidakstabilan politik juga mempengaruhi kekuatan ringgit, inilah alasan yang selalu digunakan.

Hari ini semua jenis pilihan raya telah selesai termasuk pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN). Jadi kerajaan perlu fokus untuk menangani situasi ketidakstabilan politik, kerana ia juga melibatkan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Negara kita bergantung pada barangan import, rakyat akan terkesan juga kerana harga barangan akan meningkat secara berterusan. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Pengarah Akbar Money Changer Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya