Tahniah Utusan Malaysia, semoga terus unggul - Utusan Malaysia

Tahniah Utusan Malaysia, semoga terus unggul

AKHBAR Utusan Malaysia kini boleh didapati dengan mudah dari mesin layan diri di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASIH tidak terlewat untuk saya mengucapkan tahniah atas sambutan ulang tahun ketiga buat akhbar Utusan Malaysia pada 20 Julai lalu.

Saya agak terkilan kerana tidak sempat membeli naskah pertama selepas diterbitkan semula sejak diberhentikan terbitannya hampir setahun lamanya. Saya cuma mengetahui akhbar ini diterbitkan semula pada hari kedua terbitan ketika di stesen minyak.

Puas juga mencari kalau-kalau ada ejen yang masih menyimpan naskhah keluaran pertama, namun gagal. Saya merupakan pembaca tegar akhbar kegemaran ramai ini sejak 1980 yang ketika itu saya memilih Utusan Jawi walaupun ada tulisan Rumi.

Saya juga pelanggan tetap majalah Kiblat, juga keluaran Utusan Malaysia sehingga diberhentikan penjualannya. Saya masih ingat, Utusan dikenali dengan tema Utusan Tetap Unggul Setiap Alur Nadi dan Utusan Penyambung Lidah Melayu.

Diharapkan Utusan Malaysia dengan tema baharu, Pemikiran Baharu terus unggul dalam penyebaran berita. – UTUSAN

DZANMUO, Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya