Restoran perlu pamer tanda harga elak pelanggan‘terkejut’ selepas makan

Restoran perlu pamer tanda harga elak pelanggan ‘terkejut’ selepas makan

MEMPAMERKAN tanda harga sudah dikuatkuasakan sejak 1977 dan ia masih dilaksanakan dalam aspek perundangan sehingga hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARGA merupakan salah satu aspek perundangan yang dikuatkuasakan bermula 1977 dengan 111 barangan terpilih.

Perundangan ini sebagai Perintah Kawalan Harga yang dikuatkuasakan melalui penandaan harga oleh peniaga merangkumi semua jenis barangan dijual secara runcit.

Harga barang wajib dipamerkan termasuk meletakkan harga tunai bagi setiap satu unit, satu unit timbangan atau bagi setiap sukatan barangan.

Sekiranya jenis atau saiz barangan tidak sesuai ditandakan harga atas sebab jenis atau saiz, peniaga runcit boleh menggunakan satu senarai harga yang menyatakan perihal barang dan harga dengan jelas, misalnya pelbagai jenis ikan dan makanan bermasak.

Bahkan perihal dan harga ini hendaklah ditandakan dalam bahasa Melayu atau terjemahan dalam bahasa ibunda itu.

Harga hendaklah dinyatakan dalam ringgit. Pengguna hendaklah mempunyai akses kepada harga pada setiap masa.

Namun, hari ini terdapat peniaga yang tidak meletak tanda harga. Keadaan ini menyulitkan terutama di premis yang sibuk seperti pasar basah. Pembeli perlu bertanya satu persatu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Kepada pelanggan restoran yang dibuka 24 jam mungkin berasa agak sukar untuk ‘bajet’ pilihan lauk-pauk kerana tidak tertera harga. Mereka hanya menyedari harga makanan setelah meneliti bil yang dicetak semasa mahu membuat bayaran.

Justeru, dicadangkan dikuatkuasakan tanda harga secara tegas dan menyeluruh semula kerana antara lain menjimatkan masa pembeli dan mereka tidak perlu bertanya harga kepada peniaga.

Wajibkan peraturan meletak tanda harga dengan jelas, justeru peniaga tidak boleh bersikap sambil lewa dalam hal ini.

Tolonglah bersikap bertanggungjawab walaupun menyedari bilangan pegawai penguat kuasa yang kecil berbanding jumlah premis perniagaan yang banyak untuk dikawal selia satu persatu.

Dalam gagasan Malaysia Madani, setiap lapisan rakyat perlu sedar dan perlu saling ingat mengingati apabila menjalankan urus niaga dan bersama-sama membantu pembeli mengurangkan tekanan berpunca peningkatan harga barang.-UTUSAN

TAN DEWA SAKTI
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya