PKR masih belum ada pengganti selepas Anwar?

PKR masih belum ada pengganti selepas Anwar?

ADAM Adli Abd. Halim bukanlah calon yang sesuai menggantikan Anwar Ibrahim untuk menerajui PKR selepas tidak lagi menonjol dalam politik sejak menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PKR atau asalnya Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik lahir daripada gelombang reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari UMNO pada 2 September 1998. Bergerak atas dasar reformasi dengan Anwar menjadi tonggak utama parti itu sejak ditubuhkan.

Persoalan kerap ditanya, apa akan jadi (masa depan) dengan PKR sekiraya Anwar tidak lagi mentadbir parti itu? Adakah wujud kemungkinan parti itu terkubur sama seperti Parti Negara yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar?

Ketika ini, PKR boleh dikatakan sebagai parti yang stabil kerana dipimpin oleh pengasasnya sendiri. Namun, apa akan jadi 30 tahun akan datang? Siapa yang akan menerajui parti ini apabila pelapis-pelapis lama sudah tiada? Adakah parti ini akan jadi seperti DAP yang dipimpin oleh anak-beranak mereka? Ini persoalan bermain dalam minda rakyat kerana kita dapat lihat tiada calon yang sesuai untuk menggantikan Anwar.

Bila ditanya kepada ahli, siapa yang layak menerajui parti ini pada masa akan datang, mereka tidak mampu untuk menjawabnya.

Mungkin ada yang berkata, figura muda seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim mungkin boleh menerajui parti ini. Tetapi beliau sejak menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, tidak lagi menonjol seperti yang diharapkan banyak pihak.

Adam Adli tidak sesuai, mungkin kerana faktor usianya yang masih muda dan belum cukup pengalaman dalam dunia politik, meskipun apa yang pernah berlaku kepada Adam Adli mempunyai sedikit persamaan dengan sejarah Anwar yang dianggap sebagai reformis oleh orang muda ketika itu.

Apa yang mampu kita lakukan sekarang hanya meramal dan melihat apa yang akan berlaku 30 tahun akan datang, selain berharap PKR merancang serta mempersiapkan parti menghadapi masa depan agar penubuhannya tidak terkubur dan menjadi kenangan dalam dunia politik di Malaysia.-UTUSAN

MUHAMMAD AQIF NAIM MOHD. PERDAUS
Bayan Baru, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya