Pindah tempat kerjabaharu bukan alasantukar karpet, perabot

Pindah tempat kerja baharu bukan alasan tukar karpet, perabot

SEBAGAI orang baharu, wujudkan sifat ramah mesra terhadap semua pekerja walau apa pun jawatan mereka agar dapat bekerja dalam suasana harmoni. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENURUT Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), antara 30,000 hingga 35,000 penjawat awam bersara setiap tahun. Jadi, sudah tentu ada pegawai dinaikan pangkat dan berpindah ke tempat bekerja yang baharu.

Banyak cabaran dan halangan apabila berpindah ke tempat kerja. Ini kerana tempat baharu mempunyai norma dan budaya kerja berbeza. Ini memperlihatkan perubahan ketara dari segi penyampaian perkhidmatan.

Satu hantaran Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyatakan, seseorang pegawai atau ketua jabatan yang bertukar ke lokasi baharu mempunyai adab dan etika perlu dipatuhi bagi mengharmonikan perkhidmatan. Mereka dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya menukar karpet dan perabot baharu serta lantang bersuara menzahirkan ketidakpuasan. Justeru, hormatilah tempat baharu.

Kita perlu sentiasa menjaga adab dan tertib apabila masuk ke rumah orang.

Walau bergred tinggi, anda perlu memahami bidang tugas dan limitasi serta halangan penyampaian perkhidmatan sesebuah jabatan.

Anda juga masih tertakluk kepada peraturan dan pekeliling sebelum ini, tidak boleh mengubahnya secara sesuka hati. Jika tidak selesa dengan sistem yang ada, anda dinasihatkan simpan dalam hati dahulu dan sentiasa mengingati jasa orang-orang terdahulu.

Bekerjalah dengan tangan dan hati yang ikhlas, tidak didorong untuk menonjol kendiri, panggil wartawan sana sini dan marah jika aktiviti jabatanya tidak mendapat liputan media. Ingat, bukan semua perkara dapat liputan meluas, ia bergantung kepada isu dan impak kepada rakyat juga.

Justeru, sebagai orang baharu, wujudkan sifat ramah mesra terhadap semua pekerja walau apa pun jawatan mereka. Jangan marah atau tegur kesalahan mereka di khalayak. Jaga air muka, kasihi dan hargai mereka.

Tempat kerja adalah rumah kedua kita. Kita bekerja untuk hidup, bukan untuk bermusuh. Bak bidalan, ular menyusup akar tidak hilang bisanya.-UTUSAN

TAN DEWA SAKTI
Tanjung Rambutan, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya