Pilih calon yang menentang kemungkaran - Utusan Malaysia

Pilih calon yang menentang kemungkaran

KECENDERUNGAN Anwar Ibrahim untuk tidak berkompromi dalam isu membanteras rasuah harus dihargai tanpa ragu-ragu. – UTUSAN/ FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NOKTAHKAN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, esok dengan pengundi memberi mesej jelas untuk memilih calon yang ikhlas serta berkata benar dalam pertuturan semasa menggalas tanggungjawab selaku wakil rakyat.

Wajar memilih ahli politik yang berani menentang kemungkaran malah perlu dinyahkan dari senarai wakil rakyat, mereka yang hanya bersandiwara semata-mata dengan niat mahu mengekalkan kuasa.

Golongan sedemikian yang digelar sebagai ahli politik terdesak wajar dicantas serta dihukum oleh pengundi yang majoritinya adalah kaum Melayu.

Malah, secara jujurnya kita rakyat beruntung kerana berpeluang menjadi saksi bagaimana demi kuasa politik (yang tidak ada keikhlasan) wujud jalinan kerjasama di luar jangkaan di peringkat Pusat sebelum terbentuknya Kerajaan Persekutuan.

Antara kerjasama dimaksudkan termasuk duduk sebumbung di bawah naungan ‘politik jajaran baharu’, difahamkan telah diasaskan oleh UMNO yang tidak pernah diizinkan oleh kaum majoriti di negara ini.

Yang amat mengguris perasaan bilamana keputusan parti sendiri telah dicabuli demi merealisasikan impian kemaruk kuasa politik.

Dalam pada itu, rakyat juga harus menilai keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani gejala rasuah pada tahap maksimum.

Setakat ini, secara drastik beberapa figura politik dalam kalangan pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional (PN) telah didakwa di mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, status Muhyiddin masih di peringkat pendakwaan tanpa melibatkan sebarang perbicaraan.

Kecenderungan Anwar untuk tidak berkompromi dalam isu membanteras rasuah harus dihargai tanpa ragu-ragu.

Justeru, esok tunjukkan protes anda dengan keluar mengundi pada tahap peratusan tertinggi dan bukannya memboikot tanpa kehadiran. – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK, Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya