Perlu bukti rasuah turun untuk tingkat kedudukan CPI - Utusan Malaysia

Perlu bukti rasuah turun untuk tingkat kedudukan CPI

PENINGKATAN dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) perlu disokong oleh data dan bukti yang jelas mengenai penurunan rasuah secara nyata dalam pelbagai bidang seperti sektor awam, swasta dan institusi berkepentingan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) memandang positif pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara teratas dalam carta Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Hasrat ini sangat penting disokong supaya ia dapat dilaksanakan. Iltizam ini memerlukan komitmen tinggi dan perlu diperhebatkan dengan langkah-langkah yang kukuh dari pihak kerajaan dalam melaksanakan reformasi bagi mengatasi isu rasuah secara menyeluruh.

Penting bagi pihak kerajaan memberi maklumat yang jelas tentang langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai matlamat ini.

Ketelusan maklumat dalam melaksanakan proses reformasi ini perlu sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangannya dari semasa ke semasa bagi memastikan kesahihannya.

Sokongan dari semua pihak amat penting bagi mencapai matlamat besar ini termasuklah kerjasama dengan agensi antirasuah dan badan penguatkuasaan yang lain.

Selain itu, peruntukan undang-undang yang mencukupi perlu disediakan untuk meningkatkan penguatkuasaan bagi memerangi rasuah.

Penglibatan aktif masyarakat awam dan media massa amat penting untuk mengawasi serta menyemak tindakan kerajaan ataupun pihak berkuasa dalam melaksanakan usaha pencegahan rasuah ini.

Kebebasan media massa dan ketelusan dalam mendedahkan isu rasuah dapat memastikan akauntabiliti yang lebih baik.

Akhirnya, kejayaan untuk mencapai matlamat ini akan diukur oleh tindakan yang diambil dan hasil diperoleh. Peningkatan dalam CPI perlu disokong oleh data dan bukti yang jelas mengenai penurunan rasuah secara nyata dalam pelbagai bidang seperti sektor awam, swasta dan institusi berkepentingan.

Dengan komitmen dan langkah-langkah yang tepat, Malaysia berpeluang untuk meningkatkan kedudukan dalam CPI dan membina negara yang lebih berintegriti dan bebas daripada rasuah.

Justeru, MCW menyeru agar semua pihak berusaha dengan jujur, tekun dan tegas untuk mencapai matlamat ini demi kemakmuran negara tercinta. – UTUSAN

PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW), Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya