Pemimpin pembangkang tidak hadir himpunan Hari Kebangsaan?

Pemimpin pembangkang tidak hadir himpunan Hari Kebangsaan?

SUDAH tiba pemimpin politik termasuk dari blok pembangkang turut berada di pentas utama semasa sambutan Hari Kemerdekaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP tahun, Hari Kebangsaan disambut dengan semangat tinggi kerana ia merupakan perayaan bagi memperingati keberanian dan usaha pemimpin-pemimpin dalam merealisasikan kemerdekaan negara.

Bagaimanapun, adakah pemimpin politik kita benar-benar menunjukkan teladan yang boleh dicontohi oleh rakyat?

Menjadi teladan bukanlah perkara mudah. Pemimpin politik haruslah mempamerkan sifat kepemimpinan yang menggalakkan penyatuan dan perpaduan. Mereka perlu menonjolkan integriti, kerjasama dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

Malangnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa pemimpin politik terjerat dalam skandal dan kontroversi yang merosakkan imej dan keyakinan rakyat.

Salah satu isu yang semakin menjadi perbincangan adalah ketiadaan pemimpin-pemimpin pembangkang semasa perhimpunan Hari Kebangsaan. Apakah mereka tidak dijemput? Sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang ideal untuk semua pemimpin politik berkumpul, menyatakan komitmen mereka terhadap perpaduan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mampu bekerjasama melewati perbezaan politik.

Terdapat banyak faktor yang mungkin mempengaruhi kehadiran pemimpinpemimpin pembangkang semasa perhimpunan Hari Kebangsaan. Ini termasuklah pertimbangan keselamatan, perselisihan politik atau mungkin penolakan untuk bersama-sama dengan pihak memerintah.

Dalam keadaan ini, sudah tiba masanya untuk mengatasi perbezaan dan menunjukkan semangat kerjasama terutama semasa acara besar seperti Hari Kebangsaan.

Penting untuk diingat bahawa perpaduan politik adalah asas kepada pembangunan negara. Masyarakat pelbagai budaya, agama dan fahaman politik memerlukan pemimpinpemimpin yang dapat memimpin dengan teladan positif. Melalui perayaan Hari Kebangsaan, pemimpin politik haruslah menghantar mesej yang jelas bahawa mereka bersatu padu untuk kepentingan rakyat dan negara.

Oleh itu, sambutan Hari Kebangsaan perlu menjadi momentum untuk perubahan.

Pemimpin politik tidak kira dari parti blok kerajaan atau pembangkang perlu bersatu dalam semangat kemerdekaan dan mewujudkan era politik lebih inklusif.

Kehadiran pemimpin pembangkang semasa perhimpunan Hari Kebangsaan akan menjadi tanda komitmen mereka terhadap integrasi politik dan keharmonian nasional. Slogan-slogan tentang perpaduan dan harmoni haruslah diterjemahkan dalam tindakan nyata dan sambutan Hari Kebangsaan adalah peluang tepat untuk itu.-UTUSAN

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
Tokoh Guru Kebangsaan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya