Mahu lebih banyak pembangunan di Kuala Telemong - Utusan Malaysia

Mahu lebih banyak pembangunan di Kuala Telemong

DATUK Rozi Mamat (kiri) ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERDEKAD-DEKAD lamanya Barisan Nasional (BN) telah mendominasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Terengganu.

Namun, sejak akhir-akhir ini sudah kedengaran dakwaan sokongan dalam kalangan penduduk mahupun pengundi setia tidak semantap sebelum ini. Dikatakan pengundi kecewa dengan tahap pembangunan di situ.

Bayangkan selama 20 tahun tiada apa-apa yang dapat dibanggakan dengan perubahan fizikal kawasan itu. Wakil rakyat sepatutnya memainkan peranan penting sejajar dengan kedudukan Kuala Telemong sebagai pusat pertumbuhan desa.

Bahkan, infrastruktur bagi kemudahan penduduk tidak dibawa masuk dengan sewajarnya supaya selari dengan perkembangan peredaran semasa.

Kemahuan dan rungutan penduduk tidak diendahkan sedangkan kami mahu kawasan ini dibangunkan sama taraf dengan kawasan ‘jiran-jiran bersebelahan’ seperti Manir dan Bukit Payong.

Disebabkan kekurangan pembangunan ini, ramai penduduk berhijrah keluar. Akibatnya jumlah pelajar di sesebuah sekolah semakin berkurang saban tahun.

Ketidakseimbangan penambahan perumahan rakyat dan lain-lain juga memberi kesan besar pada ekonomi. Pertumbuhan ekonomi penduduk menjadi lembab, tidak berkembang seperti di mukim-mukim yang lain.

Pembatalan stesen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuala Telemong merupakan satu kerugian. Boleh dikatakan banyak kekecewaan dan kehampaan orang Kuala Telemong dalam empat penggal ini.

Jadi masih relevan lagikah BN pada kita semua? Sebagai penduduk yang juga seorang pengundi, kalau kami sudah tidak mempunyai perasaan lagi bermakna jiwa kami telah mati. – UTUSAN

LAN, Kuala Telemong, Hulu Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya