Kurangkan politiking, tumpu bangun negara

Kurangkan politiking, tumpu bangun negara

CUKUPLAH berpolitik setelah selesai pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG

CUKUPLAH berpolitik setelah selesai pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu. Pemimpin politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang disaran kurangkan politiking dengan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negara.

Calon-calon menang dan sudah bergelar Yang Berhormat (YB) boleh memulakan tugas dan menunaikan amanah diberikan pengundi di kawasan diwakili tanpa ada sikap prejudis kerana YB dipilih sebagai wakil kepada seluruh penduduk di kawasan itu dan bukan wakil kepada individu yang mengundinya sahaja.

Dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini yang mana sedikit sebanyak telah memberi impak kepada ekonomi negara, Malaysia memerlukan sumbangan pemimpin dari kedua-dua belah pihak.

Tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang, perlu sama-sama memberi input berguna untuk menghadapi cabaran ekonomi semasa. Ruang perbahasan di sidang Parlimen adalah platform terbaik mewacanakan penyelesaian bagi membangunkan negara.

Berbahaslah secara rasional, tanpa fahaman politik sempit dan jumud. Para pemimpin seharusnya mengutamakan kepentingan nasional dengan menumpukan usaha-usaha membangunkan Malaysia serta menarik pelaburan luar untuk memulihkan ekonomi negara.

Kerajaan perpaduan dan pembangkang perlu membuang sikap ego masing-masing bagi memenuhi aspirasi ini. Malaysia perlu kepada pemimpin yang matang berpolitik dan memanfaatkan kepercayaan yang rakyat berikan untuk sama-sama membangunkan negara dengan lebih cemerlang.

Pelabur lebih berminat untuk melabur dalam negara yang mempunyai kestabilan politik. Justeru, gencatan politik antara kerajaan dan pembangkang amat diperlukan termasuk kemungkinan diadakan semula Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

Contohi amalan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain kerana setelah selesai pilihan raya tidak lagi kedengaran politiking yang melampau kerana masing-masing mengambil peranan untuk memajukan negara.-UTUSAN

NADZIR AWANG AHMAD @ SAID
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya