Hukum ahli politik berkempen secara ‘kotor’, biadab - Utusan Malaysia

Hukum ahli politik berkempen secara ‘kotor’, biadab

BIASANYA suasana berkempen bagaikan satu pesta yang meriah. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEGALA aktiviti berkempen bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan akan berakhir tengah malam ini.

Kempen politik pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang diamalkan di negara kita.

Biasanya suasana berkempen bagaikan satu pesta meriah dipenuhi pelbagai aktiviti yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak berkuasa lain.

Namun, kempen politik pilihan raya boleh menjadi panas dengan isu-isu yang dibangkitkan untuk membidas, mengkritik dan menghentam pihak lawan.

Ia akan menjadi lebih buruk lagi apabila kempen politik itu mengandungi unsur fitnah, pembohongan dan amalan mencaci yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Pengalaman beberapa pilihan raya lalu menunjukkan sukar bagi ahli politik kita untuk kekal berhemah dan beradab dalam menyampaikan ceramah disebabkan sifat marah dan dendam mudah menguasai diri mereka.

Inilah realiti psikologi politik orang kita yang sangat mudah dikuasai sifat tercela. Oleh itu, sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang semasa tempoh berkempen, maka ahli-ahli politik harus bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Ketika itu jangan disalahkan pihak berkuasa yang menegakkan undang-undang kerana seseorang itu akan didakwa berdasarkan fakta siasatan, keterangan dan bukti kukuh.

Segala proses pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara seperti peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, ahli-ahli politik yang aktif berkempen untuk memenangkan calon harus sedar bahawa mereka juga terikat dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang diwujudkan bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah serta perlakuan yang menyalahi undang-undang. – UTUSAN

MOHD. AYOP ABD. RAZID, Penganalisis sosiopolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya