Guru perlu bijak tarik minat murid kuasai bahasa Arab

Guru perlu bijak tarik minat murid kuasai bahasa Arab

GURU bahasa Arab harus peka kepada kehendak pelajar yang secara fitrahnya inginkan sesuatu yang boleh menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAHASA Arab diiktiraf secara meluas sebagai salah satu bahasa tertua di dunia dengan anggaran populasi penutur melebihi 422 juta orang. Di Malaysia, sistem pendidikan memberikan kepentingan tersendiri kepada pembelajaran bahasa Arab sekali gus merupakan bahasa penting dan disanjung oleh agama Islam.

Pada 1 Januari 1997, bahasa Arab diperkenalkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada awal 1998 pula, Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral menjalankan projek rintis pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di 98 buah sekolah. Pelaksanaan itu diteruskan sehingga ke hari ini melalui program j-QAF pada 2005 dengan menjadikan subjek Bahasa Arab Komunikasi sebagai mata pelajaran wajib bagi murid tahun satu.

Namun realitinya, pelajar kurang berminat untuk mempelajari bahasa Arab serta menguasainya. Minat memainkan peranan penting dalam membentuk kecenderungan dan pendekatan seseorang terhadap sesuatu mata pelajaran atau aktiviti tertentu. Dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, isu kurang berminat itu terserlah dengan kewujudan tanda-tanda keletihan dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran di dalam kelas.

Situasi ini menjadi penyumbang utama kepada kegagalan mencapai objektif pelaksanaan bahasa Arab malah menjadikan pelajar lemah dalam menguasai empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar, membaca, bertutur dan menulis.

Oleh kerana kurangnya minat dan tumpuan terhadap pengajaran di dalam kelas, keupayaan pelajar untuk mempelajari dan menguasai perbendaharaan kata yang diajar dengan berkesan mungkin terjejas secara tidak langsung.

Kesimpulannya, mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua bagi semua peringkat umur bukanlah sesuatu yang mudah. Guru bahasa Arab harus peka kepada kehendak pelajar yang secara fitrahnya inginkan sesuatu yang boleh menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Oleh hal demikian, guru harus bijak memainkan peranan dalam menanam minat murid untuk mempelajari bahasa al-Quran di samping bijak menggunakan masa terhad yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin.-UTUSAN

ZAIMAFATIHAH ZAIMAFAUZIE
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya