Caj tinggi klinik swasta punca ramai abai kesihatan gigi

Caj tinggi klinik swasta punca ramai abai kesihatan gigi

JARINGAN kerjasama antara sektor awam dan swasta adalah penting untuk menyediakan rawatan pergigian dengan harga berpatutan kepada golongan berpendapatan rendah di klinik swasta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAJIAN saintifik menunjukkan kesihatan pergigian sering diabaikan apabila keluarga menghadapi tekanan kewangan berikutan mengutamakan keperluan asas lain.

Kajian di negara ini juga menunjukkan faktor sosioekonomi seperti pendapatan dan status sosial memainkan peranan penting dalam akses dan penggunaan perkhidmatan kesihatan pergigian.

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan hanya 23 peratus individu yang mengalami masalah gigi menggunakan perkhidmatan pergigian. Kajian ini juga menunjukkan kebergantungan penduduk yang tinggi (80.7 peratus) terhadap perkhidmatan kesihatan pergigian awam, manakala perkhidmatan swasta kebanyakannya diakses oleh penduduk bandar. Dalam kalangan mereka yang menggunakan perkhidmatan ini, hampir dua daripada lima individu membayar kos rawatan menggunakan duit poket sendiri. Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan akses dan kemampuan rakyat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan pergigian.

Walaupun klinik kerajaan menyediakan rawatan pergigian bersubsidi dengan bayaran minimum, namun tempoh dan senarai menunggu lebih lama berbanding klinik swasta. Selain itu, akses ke klinik pergigian kerajaan dan swasta melibatkan kos tambahan terutama pengangkutan. Rawatan kompleks seperti pembuatan gigi palsu dan rawatan akar sering memerlukan beberapa lawatan ke klinik sekali gus mambabitkan kos pengangkutan agak tinggi dan kos tambahan seperti bayaran tempat letak kenderaan.

Untuk menangani cabaran ini, tindakan perlu diambil untuk meringankan beban golongan terkesan dengan menyediakan bantuan kelengkapan asas penjagaan gigi seperti berus gigi dan ubat gigi berfluorida secara berkala kepada mereka.

Selain itu, bantuan kewangan bagi membolehkan individu berpendapatan rendah menerima rawatan pergigian diperlukan. Pengecualian cukai atau kemasukan penjagaan pergigian dalam perlindungan insurans swasta bagi kumpulan pendapatan lain juga boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan tekanan kewangan.

Akhir sekali, jaringan kerjasama antara sektor awam dan swasta adalah penting untuk menyediakan rawatan pergigian dengan harga berpatutan kepada golongan berpendapatan rendah di klinik swasta. Pendekatan ini dapat memperluas ketersediaan perkhidmatan yang secara langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada klinik kerajaan.-UTUSAN

DR. NOR AZLIDA MOHD NOR dan DR. AINOL HANIZA KHERUL ANUWAR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya