Boleh nikmati Perkara 153 jika cukup syarat

Boleh nikmati Perkara 153 jika cukup syarat

PERLEMBAGAAN Persekutuan sememangnya telah sedia menjamin hak-hak bukan Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BILA kita membaca penulisan dari luar berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Perkara 153, rata-rata menggambarkan ia mempunyai unsur-unsur diskriminasi dan tidak begitu adil kepada bukan Melayu.

Perkara 153 memberi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam serta memastikan pengrizaban bagi orang Melayu daripada jawatan dalam perkhidmatan awam, daripada biasiswa dan danasiswa, daripada keistimewaan pendidikan dan beberapa perkara lagi.

Atas dasar inilah maka bukan Melayu mengatakan keadilan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak menyeluruh. Maka, mereka menyokong perjuangan yang menuntut hak sama rata.

Sekiranya bukan Melayu mahu menuntut keadilan, bagaimana pula keadilan untuk orang Melayu sebagai anak watan Tanah Melayu ini?

Orang Melayu yang tanah airnya dijajah lebih 400 tahun, semua hasil buminya dirompak. Kemudian selepas merdeka, akibat dari perancangan penjajah Inggeris yang memberi kelebihan kepada imigran dari segi ekonomi dan kepakaran, ia menyebabkan orang Melayu terpaksa dipapah untuk mengejar kemajuan yang telah dicapai oleh bukan Melayu.

Perkara 153 bukannya satu peruntukan yang bersifat diskriminasi, seperti yang diuar-uarkan ataupun yang tertanam di dalam minda bukan Melayu. Ia adalah satu peruntukan perlindungan buat anak watan Tanah Melayu ini supaya ia kekal menjadi bangsa teras negara ini.

Perlembagaan Persekutuan sememangnya telah sedia menjamin hak-hak bukan Melayu. Perkara 8(1) menyebut, “Semua orang adalah sama disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”.

Perlembagaan Persekutuan membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat yang di bawah Perkara 160(2) untuk menikmati apa yang diperuntukkan di bawah Perkara 153, yang mana imigran awal dari Asia Barat, India dan Eropah tiada masalah mematuhinya.

Hakikatnya, imigran yang datang sewaktu pemerintahan penjajah Inggeris yang memilih untuk kekal sebagai bangsa asal sehingga tidak dapat menikmati peruntukan di bawah Perkara 153.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya