Banyak kebaikan kalau robot jadi wakil rakyat

Banyak kebaikan kalau robot jadi wakil rakyat

TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) dan robot sebagai wakil rakyat mungkin memberi lebih banyak manfaat dalam pentadbiran negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANYAK isu melibatkan kelakuan dan perangai buruk wakil rakyat dan pemimpin yang selama ini sedikit sebanyak mencemarkan reputasi institusi demokrasi negara serta mengganggu-gugat perjalanan proses pentadbiran kerajaan.

Namun, sekiranya memilih teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robot sebagai wakil rakyat dan pemimpin, kita tidak akan sentiasa terdedah dengan pelbagai isu buruk dan menyakitkan hati yang datang daripada wakil rakyat dan pemimpin.

Teknologi AI dan robot tidak memiliki sebarang kepentingan konflik dengan sesiapa pun malah tidak memerlukan gaji serta elaun bulanan sekali gus dapat menjimatkan duit rakyat.

Bahkan robot tidak akan terlibat dengan isu jenayah seperti penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah selain tidak terdedah dengan masalah kesihatan dan mampu berkhidmat kepada rakyat 24 jam sehari buat selama-lamanya.

Melalui kecanggihan teknologi, robot akan lebih bijak dan cepat dalam membuat keputusan, berdisiplin melaksanakan tugas serta tanggungjawab dan hanya memberi tumpuan kepada kerja tanpa berpolitik atau bercakap kosong sepanjang masa.

Bahkan robot akan melakukan kerja dengan lebih jujur tanpa membodek, tidak banyak kerenah dan sebagainya.

Kita boleh melihat semula Perlembagaan Persekutuan sama ada boleh membenarkan teknologi AI dan robot untuk terlibat dalam dunia politik negara.

Jika tiada, kita boleh memberi pertimbangan untuk melakukan proses pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan teknologi AI dan robot menjadi wakil rakyat dan pemimpin pada masa akan datang.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya