Baiki segera cermin dinding perpustakaan retak - Utusan Malaysia

Baiki segera cermin dinding perpustakaan retak

KEADAAN dinding sebuah bilik yang retak di Perpustakaan Awam Daerah Gombak yang menempatkan zon kreatif untuk kanak-kanak. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana menyediakan kemudahan Perpustakaan Awam Daerah Gombak yang terletak di Bandar Baru Selayang.

Perkhidmatan perpustakaan itu adalah di bawah kelolaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Perpustakaan tersebut memang senang untuk dikunjungi kerana ia dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum dan cuti khas.

Secara keseluruhan, saya memberikan markah A dari segi kakitangan yang peramah dan kemudahan terbaik disediakan yang menggalakkan semua peringkat umur mengunjunginya.

Lagipun, kemudahan surau, tandas dan kafeteria yang terletak berdekatan antara satu sama lain juga memudahkan pengunjung.

Cuma terdapat beberapa isu saya lihat terlepas pandang yang boleh diperbaiki lagi. Antaranya bilik zon kreatif untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun membaca dan bermain Lego terdapat dinding kaca yang retak dan tidak diperbaiki.

Elok dinding kaca terbabit digantikan dengan dinding tidak mudah retak. Letak juga notis amaran tentang bahaya kaca pecah.

Dalam pada itu, saya mendapati kapasiti ingatan capaian rawak (RAM) komputer yang disediakan di perpustakaan terbabit sebanyak empat gigabait (GB) tidak memadai.

RAM adalah memori untuk menyimpan data dan program yang sedang digunakan komputer. Lebih banyak RAM, lebih banyak program ia boleh dijalankan pada masa sama tanpa melambatkan.

Walaupun dari segi teori empat GB dikatakan sudah mencukupi untuk melayari internet dan membuat kerja-kerja lain, saya mendapati komputer yang digunakan sering tersekat-sekat.

Bagi saya, kapasiti RAM sebanyak itu sudah tidak memadai. Tambahan pula kebanyakan daripada kita sudah biasa menggunakan telefon bimbit yang mempunyai kapasiti RAM lebih besar.

Kakitangan perpustakaan juga elok memakai jaket dengan warna seragam untuk memudahkan mereka dikenali pengunjung yang mahu meminta pertolongan jika timbul sebarang masalah. – UTUSAN

HALIM ADLI, Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya