Apakah strategi PN pilih calon di DUN Bayan Lepas? - Utusan Malaysia

Apakah strategi PN pilih calon di DUN Bayan Lepas?

DOMINIC LAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEUMPAMA kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Maka itulah yang terjadi kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Ini berikutan kawasan tradisi pengundi Melayu akhirnya diberikan kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di bawah jenama Perikatan Nasional (PN).

Apa yang berlaku tidak boleh diterima, bahkan apakah strategi serta mekanisme diguna pakai oleh Majlis Presiden PN dengan meletakkan Pengerusi PN Pulau Pinang yang juga Presiden Gerakan, Dominic Lau sebagai calon di DUN Bayan Lepas dalam tempoh kurang dari 48 jam sebelum hari penamaan calon?

Walau apa pun alasan diberikan mengenai status pencalonan berkenaan tetapi jawatan yang dipegang Dominic bukanlah lesen kebal untuk beliau bebas bertanding secara sesuka hati.

Dominic sepatutnya menolak pencalonan tersebut atas dasar konsep demokrasi serta menghormati budaya penduduk berbilang kaum di negara ini.

Sebagai seorang peneraju sebuah parti berbilang kaum, beliau sewajarnya secara bermaruah bertanding di kawasan campuran seperti Machang Bubuk atau Sungai Pinang, bukannya lari ke kawasan selamat serta menang atas ihsan pengundi Melayu semata-mata.

Menurut sumber, Dominic disebut-sebut bakal dilantik sebagai calon ketua menteri jika PN berjaya membentuk kerajaan negeri. Sekiranya menjadi realiti sekalipun, kemenangannya tidak selari dengan kehendak masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Namun, segalanya sudah menjadi dawai elektrik yang bersimpul mati bila secara rasminya Dominic diumumkan sebagai calon kawasan tersebut sekali gus melenyapkan peluang tokoh-tokoh Melayu dari kedua-dua parti komponen itu.

Berdasarkan situasi politik hari ini, kita melihat Dominic terpaksa berharap kepada kebangkitan gelombang hijau dalam menghidupkan talian hayatnya untuk tempoh lima tahun mendatang.

Jika ditakdirkan beliau diangkat menjadi wakil rakyat selepas PRN, jangan pula wujud sifat kacang lupakan kulit serta berpautlah pada fakta yang nyata. – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK, Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya