YB jika ditolak memang tak jatuh - Utusan Malaysia

YB jika ditolak memang tak jatuh

ADA dalam kalangan pengundi terpaksa beratur panjang semata-mata untuk memilih wakil rakyat. – GAMBAR HIASAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEPADA semua calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal bertanding di enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ini adalah luahan rasa seorang pengundi berdaftar kepada bakal ADUN yang akan berkhidmat kepada pengundi yang memilihnya.

Berkorbanlah demi rakyat. Jangan kecewakan mereka. Anda sepatutnya belajar berkorban seperti pemimpin Malaysia zaman dahulu.

Anda sepatutnya harus ada perasaan bertanggungjawab setelah dipilih. Bukan senang proses mengundi yang terpaksa dijalani oleh semua pengundi berdaftar.

Bayangkan, ada dalam kalangan mereka terpaksa beratur panjang semata-mata memilih anda hingga mendapat gelaran Yang Berhormat (YB) yang diidamkan.

Warga emas terpaksa berpanas dan berhujan sehingga ada meninggal dunia ketika proses memilih anda. Tetapi apa yang pengundi dapat daripada pengorbanan kami kepada anda semua?

Kami hanya dapat janji yang boleh diubah-ubah. Rakyat hendakkan kerajaan paling stabil yang dapat meningkatkan ekonomi negara dan menjadikan kehidupan mereka lebih selesa.

Kita baru sahaja pulih daripada dugaan Covid-19. Jadi, rakyat perlukan kerajaan yang bertolak ansur dan ada belas kasihan.

Semua YB jika ditolak, memang tak jatuh kerana kewangan stabil. Tetapi bagaimana dengan kami? Rakyat marhaen ini bukan sahaja apabila ditolak akan tersungkur, malah jika tersandung pun tergolek.

Tidak kasihankah pada kami? Cukup-cukuplah drama politik daripada anda semua. Kami rakyat perlukan kehidupan yang paling stabil, tidak kira apa agama dan kaum.

Kasihanlah kepada Yang di-Pertuan Agong, terpaksa menahan kerenah anda yang tidak sudah-sudah. Saya ulang sekali lagi, belajarlah berkorban seperti pemimpin Malaysia suatu masa dahulu. – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya