Wakaf korporat pastikan projek CSR berterusan - Utusan Malaysia

Wakaf korporat pastikan projek CSR berterusan

PENDANAAN wakaf korporat boleh membantu syarikat untuk terus memberikan komitmen jangka panjang kepada projek-projek tanggungjawab sosial mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM tahu, kelestarian kewangan merupakan cabaran utama bagi institusi wakaf di negara ini. Permasalahan ini sering berpunca daripada pendapatan dijana daripada aset wakaf selalunya tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan, projek pembangunan dan program kemasyarakatan.

Selain itu, jalur pelaburan terhad dan strategi pelaburan konservatif menghasilkan pulangan tidak optimum ke atas aset wakaf yang kemudiannya menyekat pertumbuhan dan pelaksanaannya.

Di Malaysia, wakaf korporat merujuk kepada penubuhan aset wakaf oleh syarikat atau perniagaan untuk menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Wakaf korporat juga membolehkan syarikat turut sama menggembleng sumber mereka sama ada kewangan, aset fizikal atau kepakaran untuk manfaat lebih besar kepada masyarakat.

Bentuk wakaf ini memastikan keuntungan dijana disalurkan kepada pelbagai tujuan kebajikan seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pembasmian kemiskinan dan pembangunan masyarakat.

Pulangan dana wakaf korporat yang lestari menyediakan kestabilan dan kebolehramalan, membolehkan pihak korporat untuk merancang dan melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial dalam jangka panjang.

Kelestarian sebegini juga membolehkan mereka membuat keputusan strategik dan memperuntuk sumber berkesan dengan mengetahui bahawa dana bakal tersedia secara konsisten.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) juga memerlukan pelaburan dan komitmen berterusan untuk memberi impak bermakna. Dengan sumber pembiayaan lestari daripada wakaf korporat, syarikat boleh memastikan kesinambungan program mereka sekali gus boleh mengelak pemberhentian inisiatif berimpak tinggi dek kekangan kewangan.

Kelestarian sumber dana ini juga dapat membantu mengekalkan momentum inisiatif dan memberikan manfaat berterusan kepada komuniti dan pihak berkepentingan. – UTUSAN

DR. MOHD ZAIDI MD. ZABRI, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya