Vape perisa buah boleh perdaya kanak-kanak

Vape perisa buah boleh perdaya kanak-kanak

MALAYSIA ketika ini kekurangan undang-undang dan peraturan tertentu untuk mengawal produk vape. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAJIAN oleh Pusat Pengajian Perubatan dan Kaji Hayat, Universiti Sunway menunjukkan keperluan segera untuk mewujudkan peraturan label pada pembungkusan vape memandangkan cecair produk itu menyumbang kepada peningkatan keracunan nikotin akut dalam kalangan kanak-kanak.

Kajian ini menilai 18 cecair vape yang berbeza diperoleh pada Mei lalu dari platform membeli-belah dalam talian popular di negara ini. Produk tersebut dipilih secara rawak mewakili pelbagai pengeluar, kepekatan nikotin dan perisa.

Pasukan penyelidik meneliti sama ada pembungkusan luar produk memberikan maklumat penting sebagaimana ditetapkan Peraturan Tembakau dan Produk Berkaitan United Kingdom (UK) 2016 selain mengikuti garis panduan Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA).

Penemuan kajian ini sangat memeranjatkan. Contohnya, semua produk yang diperiksa mengandungi perasa dan pemanis buatan yang tidak dibenarkan seperti mangga dan pisang yang sering dijumpai dalam produk tenusu. Perisa ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga dikaitkan dengan penyakit pernafasan serius. Lebih membimbangkan, tiada produk yang menunjukkan jumlah nikotin.

Kajian juga mendedahkan kekurangan signifikan dalam label keselamatan cecair vape. Hanya sekitar 72 peratus produk yang meletakkan amaran menjauhkan vape daripada kanak-kanak sementara 5.6 peratus sahaja menyebut sifat adiktif nikotin.

Selain menilai label keselamatan, kajian juga meninjau butiran produk khusus dan kandungan nikotin. Menyedihkan, tiada satu pun sampel memasukkan maklumat mengenai jumlah nikotin pada pembungkusan mereka. Hanya 11.1 peratus (2 daripada 18) produk yang menyebut nombor kelompok, butiran penting jika diperlukan panggilan semula produk.

Kejadian melibatkan kanak-kanak berusia dua tahun yang menderita keracunan nikotin akut memerlukan peraturan yang lebih ketat dalam industri produk vape di Malaysia.

Penting bagi kerajaan memperkenalkan peraturan label yang menyeluruh bagi cecair vape dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau untuk Kesihatan Awam 2023 akan datang. Peraturan ini harus memerintahkan senarai bahan dan kandungan nikotin yang tepat pada label produk bersama dengan amaran kesihatan yang jelas.-UTUSAN

DR. AMAR DAUD ISKANDAR ABDULLAH, LOOK KEYUN, DR. SER HOOI LENG, PROFESOR ELIL RENGANATHAN & PROFESOR LONG CHIAU MING
Pusat Pengajian Perubatan & Kaji Hayat
Universiti Sunway

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya