Usah terpedaya dengan mitos cuaca panas - Utusan Malaysia

Usah terpedaya dengan mitos cuaca panas

PENGISIAN minyak kenderaan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja walaupun ketika cuaca panas. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELBAGAI jenis mitos tular dalam kalangan masyarakat terutama di media sosial tentang cuaca panas akibat fenomena El Nino yang melanda negara dari April sehingga September tahun ini.

Penting untuk kita mempunyai pengetahuan asas sains dan perubatan agar tidak terpedaya dengan mitos tersebut. Antara mitos itu adalah mandi air sejuk semasa berpeluh boleh menyebabkan pengsan.

Dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali. Malah tidak disokong oleh mana-mana sumber yang boleh dipercayai.

Dalam pada itu, ada mitos mengatakan tidak boleh minum air yang sangat sejuk ket14ika cuaca panas melebihi suhu harian kerana saluran darah kecil berisiko untuk pecah.

Sebenarnya tiada sumber sahih untuk menyokong pendapat itu. Selain itu, hujan ketika cuaca panas sering dikaitkan dengan adanya orang meninggal dunia.

Jika dilihat dari sudut sains, hujan yang terjadi adalah titik-titik air berjatuhan dari udara kerana berlakunya proses pendinginan. Hujan panas ini terjadi di negara beriklim tropika dan berada di garisan khatulistiwa.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula memberi penjelasan berkaitan mitos virus Covid-19 akan berkurangan semasa cuaca panas. Sebenarnya virus itu menjangkiti sesiapa sahaja dan tidak akan berkurang walaupun kawasan tersebut dilanda cuaca panas atau sejuk.

Mitos lain adalah tentang pengisian minyak kenderaan ketika cuaca panas yang disifatkan sebagai tidak elok.

Kononnya cuaca sejuk membuatkan minyak lagi tumpat dan boleh diisi lebih banyak ke dalam tangki kenderaan.

Ingatlah bahawa minyak disimpan di bawah tanah dan suhunya tidak berubah. Jadi, pengisian minyak boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Susah untuk kita hentikan penyebaran mitos yang sudah tersebar luas. Maka jadilah seseorang yang peka terhadap asas sains dan perubatan supaya tidak terjebak dalam menyebarkan maklumat tidak benar di laman sosial. – UTUSAN

AIDA NOR AFIA AHMAD DANI, Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya